bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Nov 2010

Demi Bekalan Air Bersih Sanggupkah Rakyaat Kelantan "Gomo" Pas di PRU 13 Nanti???

BN boleh selesai segera masalah air di Kelantan: Awang Adek http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BNbolehselesaisegeramasalahairdiKelantan_AwangAdek/Article
2010/11/12

BACHOK: Jika kerajaan PAS Kelantan memerlukan 17 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu, Barisan Nasional hari ini berjanji untuk mengatasinya hanya dalam tempoh tiga tahun atau selewat-lewatnya satu penggal pemerintahannya.

Ketika membuat janji itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata pengumuman kerajaan Kelantan yang rakyat negeri itu akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya dalam tempoh 17 tahun lagi adalah bukti kegagalan PAS memerintah negeri itu.

"Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih ini. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat bagi kepercayaan kepada BN (untuk perintah Kelantan).

"Kita akan dapat selesai hanya dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewatnya satu penggal (pemerintahan). Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu 17 tahun lagi atau hanya tiga tahun, dan ini satu jaminan (kepada rakyat Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini hari ini.

Komen Isac;

Cuba lah...Apa salahnya... Cuba bagi satu penggal pada Datuk Dr Awang Adek Hussin.... Macam yang pemimpin-pemimpin Pakatan selalu cakap... Beri peluang sekali... Kalau tak boleh tunai janji... Tukar lah balik...
Sure telan air liur jugak puak-puak pas ni....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3