bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Nov 2010

Hak 30% Untuk Majoriti 65% Bumiputerapun Anwar Nak Gadai???

Tidak menjadi 'tuan' selepas 53 tahun

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak ada makna sekiranya majoriti rakyat termiskin negara ini masih terdiri daripada kaum Melayu selepas UMNO memerintah selama 53 tahun.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada kajian yang dijalankan, terbukti 97 peratus daripada kira-kira 65,000 isi rumah termiskin seluruh negara terdiri daripada golongan Melayu-Bumiputera.:

Menurutnya, dengan adanya konsep Ketuanan Melayu serta diperkuatkan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), masih belum mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu kerana dasar tersebut menguntungkan sebilangan kecil orang Melayu sahaja.

Katanya, oleh kerana kegagalan pemimpin sekarang, penyelesaian kepada isu tersebut adalah meninggalkan konsep Ketuanan Melayu dan menghapuskan perbezaan etnik demi kepentingan bersama.

“Kita tidak nafikan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini, sebab itu pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) bersetuju menandatangani deklarasi bersama mempertahankan prinsip asal Perlembagaan negara.

“Kita bersetuju dengan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama juga hak kaum lain turut terjaga,” katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres PKR ke-7, di sini, semalam.



“Bagi saya, baik saya hidup di bawah pemerintahan bukan Islam yang adil daripada pemerintahan orang Islam yang penuh dengan rasuah dan salah laku,” katanya.


Komen Isac

Apa akan jadi pada bumiputera jika hak 30% pun perlu direbut dengan bangsa-bangsa lain??? Apa makna mempertahankan perlembagaan negara jika hak 30% pun mahu digadaikan???

Adakah adil, majoriti 65% rakyaat yang rata-ratanya di kelas menengah dan miskin perlu bersaing dengan 35% rakyaat yang kaya-raya dan lebih berada daripada mereka untuk mendapat manfaat daripada 30% hasil ekayaan negara???

Anwar memang kurang bijak dalam matematik agaknya....










5 comments:

  1. dah lama hak org melayu tergadai... dulu pasal isu 10% pelajar bukan melayu ke uitm pun nak kecoh padahal 2 cuma cadangan sampaikan gamat 1MALAYSIA.. yang pasal hak biasiswa bumiputera xnak pulak kecoh?? dlm akta pun dah tertulis biasiswa adalah hak orang melayu tetapi knapa bla hak ni dirampas media massa bagai diikat dan d gari??... semuanya buat tuli bila ada kuasa besar yang mmrintah... mana hak ni!..

    ReplyDelete
  2. Kalau dia pandai matematik, takkan dia nak Malaysia terima bantuan dari IMF masa kegawatan ekonomi dulu?

    ReplyDelete
  3. salam....

    walhal 70% kek kekayaan negara dikuasai oleh kaum-kaum lain...sanggupkah mereka menderma@serah
    hasil dan gedung/perniagaan kepada kaum bumiputra?

    ReplyDelete
  4. 30% itu adaslah perlaksanaan dari Perlembagaan Persekutuan yang di buat oleh kerajaan memerintah sekarang. Kerajaan Singapork selamba dek jer tak buat perlaksanaan. Mana Melayu Singapore berani saman.

    Fasa kedua selepas mengetahui yang hak Melayu dalam perlembagaan tidak dapat di ubah ialah:

    MENJERUT PERLAKSANAAN HAK MELAYU DARI PERLEMBAGAAN

    Mereka sudah menyediakan perancangan sekarang. MCA kelihatannya lebih bising dalam hal ini dan di hadapan.

    ReplyDelete
  5. Bro,
    Blog biar mesra pengguna. Komen biar pop-up window dan tk perlu word

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3