Selasa November 30, 2010
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/30/mstar_berita/20101130144256&sec=mstar_berita
Komen Isac;
Gambar - Fail
Lelaki Bakar Diri Untuk Halang Bangunan Tambahan Kuil Diroboh Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki India yang membakar dirinya kerana membantah tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian daripada setor sebuah kuil di Pusat Bandar Puchong pada 8 November lalu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Selasa.
M. Chakragunasegaran,52, yang mengalami kebakaran teruk di muka dan badannya meninggal dunia pada jam 9.15 pagi - selepas 22 hari dirawat di hospital itu.
Dia meninggalkan isteri dan lima orang anak.
Adalah difahamkan, mendiang akan dibakar di Rumah Pembakaran Mayat di Kampung Tunku pada jam 12 tengah hari Rabu.
Dalam kejadian 8 November lalu,Chakragunasegaran telah membakar dirinya untuk menghalang lebih 200 kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan anggota Rela daripada merobohkan sebuah bangunan tambahan yang dijadikan setor dan bersambungan dengan Kuil Sri Srinivasa Perumal.
Komen Isac;
Kalau di zaman Dato' Khir Toyo dahulu , mana-mana kuil kena roboh begitu juga dengan setinggan kena roboh, semuanya Pakatan Rakyaat akan menyalahkan BN. Sekarang ni pulak macam mana pulak????? Dalam bulan nisahaja dah dua orang warga Malaysia berketurunan India yang bakar diri kerana protes!!!!
itu semua tektik saja, buat kuil sana sini secara haram, lepas dakwa tapak dia punya.
ReplyDeleteBiar mati tak pa, itu orang tak ada K/P punya.
Sebab itu dia tak kesah, kalu hidup pasport sudah mati, kena balik India. Kalu mati sebut saja dari mana-mana estet, masa kecik bapa tak ada, mak tak TAHU REPOT buat IC.