bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Nov 2010

Untuk Menggantikan Umno, Pas Perlu Diberikan Lebih Kerusi di Parlimen!!!

Petikkan dari Malaysian Insider;

Ahmad  juga mencadangkan kepada PAS supaya bertanding lebih banyak kerusi di Parlimen sekiranya mahu mencabar kedudukan Umno.

“PAS-Pakatan Rakyat bertanding 60 kerusi, Parlimen ada 222 kerusi kecuali kalau PAS bertanding banyak kerusi.
“(Sebanyak) 60 kerusi tak sampai satu pertiga pun dari 222 kerusi Parlimen. Kalau PAS-Pakatan Rakyat tanding hanya 60 kerusi macam mana nak ketuai Pakatan Rakyat.

“Pada saya, PAS kena fikirkan kedudukan dalam Pakatan Rakyat, sama ada berdiri sendiri atau bersama BN,” kata Ahmad ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, yang mendesak parti Melayu terbesar itu berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Hadi berkata Umno yang merupakan teras kepada BN sepatutnya perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.
“Saya minta Umno undur diri secara terhormat sekiranya kalah, mengaku kalah sahaja. Jangan nak cari jalan menang. Macam di Perak dulu, sudah kalah terima sahajalah, begitu juga dengan undi Orang Asli.

“Parti yang memerintah kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kita untuk memerintah.

“Kita tahu Umno ada masalah tapi masih cuba nak tutup tapi akhirnya akan terdedah juga,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan program PAS Sedia Ganti Umno di Shah Alam semalam.

Berita penuh Klik sini.


Komen Isac;

Untuk menggantikan Umno sebagai parti terbesar yang mewakili orang Melayu/bumiputera, pastinya Pas perlukan lebih banyak kerusi Parlimen!!! 

Sebagai permulaan apa kata jika PKR dan DAP memberikan laluan lebih banyak untuk calon-calon Pas bertanding kerusi Parlimen.

PKR terutamanya, dengan hanya memiliki kurang daripada 30,000 ahli di seluruh negara (tembelang dah pecah) sepatuntnya  memberikan laluan kepada Pas.

Tapi selalunya kaki "kencing" memang bukan seorang yang gentlemen terutamanya jika yang "kena kencing" pun tak sedar diri....

1 comment:

  1. ish,PAS suka merepek. Ada ke patut suro UMNO berundur? Kalau dia nak kerusi lebih mintalah dari PKR ataupun DAP. kalau nak sgt kerusi,beli kat kedai hardware. At least PAS kedah kena la tunjuk contoh yang baik.baru la melayu boleh sokong.saya yang duduk di kedah ni pun kadang2 menyampah ngn pemimpin negeri.cukai pintu segala bagai semua kena bayar.kalau x bayar,rumah kena sita.tapi sampah,rumput semua kena buat sendiri.tak kira lagi isu panas: banjir yang sejuk kat kedah.

    to all 'PAS'an, fikir-fikirkanlah...layakkah anda untuk memimpin negara.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3