bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Jun 2015

Prasarana Negara Guna Duit Metro Untuk Tebus Hutang 1MDB ???



Kontrak sebagai shadow operator metro berkenaan dari Arafah ke Muzdalifah dan Mina. Ia merangkumi dua jajaran berserta 22 stesen merentasi jarak 45.1 kilometer (km), termasuk rangkaian rel bawah tanah sepanjang 24.9km. 

Operasi ini adalah fasa satu program pengangkutan awam Metro Makkah. Prasarana juga bertanggungjawab melakukan semakan reka bentuk awalan dan perincian projek, termasuk spesifikasi operasi dan penyelenggaraan serta perjanjian perkhidmatan untuk kontraktor pada masa depan. 

Malah, Prasarana juga dikehendaki menyemai budaya cemerlang di organisasi pelanggan sepanjang tempoh kontrak dengan fasa satu dijangka mula beroperasi pada tahun 2019. Ini bermakna Arab Saudi tidak hanya mengutamakan mutu kerja malah juga mahu supaya Prasarana menjaga imej projek setiap masa. Lebih-lebih lagi Riyadh menolak bidaan syarikat Turki dan Korea untuk kontrak khidmat rundingan yang dimenangi Prasarana.

Selain itu kontrak ini juga perlu menyelenggara keseluruhan sistem.

Selanjutnya klik sini.



Komen Isac;

Ada yang kata ....PM DS Najib telah mengambil "advance" untuk "bail out" 1MDV.

Jangan sampai lokomotif atau kepala LRT tak di "supply" tapi duit "advance" hilang!!!

Kadang2 sedih juga sebab yang jadi tukang canang pun orang Umno....

Bersekolah tinggi.....Bila bercerita... "lempang-lempung"..... Macam pandai sangat....

Tahu ke tidak pasal kontrak??? Biasanya untuk mendapat bayaran advance pun pihak syarikat perlu memberikan jaminan bank/bank guarantee. Lepas tu....cuma 5-10% daripada nilaian kontrak. 10% lagi jaminan bank pula perlu diberikan sebagai jaminan kerja (performance bond). Mana boleh nak lari???

Lagi satu, apa yang berlaku, sebenarnya Prasarana hanyalah mewarisi menjadi operator kepada sistem LRT Arafah ke Muzdalifah dan Mina untuk kemudahan musim haji yang sebelum ini telah dilakukan dengan jayanya oleh kakitangan KTMB, Star dan Putra untuk selama beberapa tahun sejak ianya dibina.

Jadi, dengan Syarikat Prasarana telahpun mengambil-alih Star dan Putra tidak menghairankan mengapa kerajaan Arab Saudi telah menganugerahkan kontrak tersebut kepada Malaysia melalui Prasarana Negara. Selain faktor terhutang budi dan kecemerlangan KTMB/STAR mentadbirnya pada tahun2 sebelum ini, penulis juga percaya faktor negara Islam juga ada memainkan peranan memandangkan pekerja2 bukan Islam tidak boleh memasuki tanah suci Makkah dan Madinah. Untuk rekod KTMB juga pernah menggunakan khidmat beberapa pekerja bukan beragama Islam tetapi pergerakkan mereka hanyalah terbatas di luar tanah suci.

Soal lokomotif/kepala LRT tidak di"supply" tidak timbul kerana kontrak berkenaan bukannya pembinaan baru, cuma kontrak operasi, mangaudit dan selenggara.

Mengapalah orang Malaysia ni suka sangat menyebarkan fitnah untuk meruntuhkan kerajaan dan negara sendiri....

Patutlah kerajaan Melayu Melaka dulu jatuh di tangan Protugis...Anehnya...ada diantara kita seperti tidak pernah mahu Belajar dari sejarah!!!

Lagipun X kanlah untuk kontrak operasi 3 tahun dan hanya beroperasi 7 hari setahun (hanya pada musim haji) kecuali kerja2 selengaraan dan audit, nilainya boleh mencecah berbillion2 ringgit??? Jadi di mana logiknya duit advance di "songlap" untuk "bail out" 1MDV???


posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Bayangkan kalau kita masing2 adalah pm...pasti akan berlaku perkara tersebut akibat desakan.maybe he is cool because he still can see where to korek wang.

    ReplyDelete
  2. Itu namanya integriti yang sudah hilang akibat suka mencuri harta orang kampong...

    Sendiri hidup mewah tidak setimpal dengan diri..
    Lepas mencuri jadi pula si tenggang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan isu integriti bro...Lebih kepada perspektif....

      Segala dakwaan perlu dibuktikan baru dikatakan masalah integriti.

      Delete
    2. Ini bukan isu integriti bro...Lebih kepada perspektif....

      Segala dakwaan perlu dibuktikan baru dikatakan masalah integriti.

      Delete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3