bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Jun 2015

Baki Perlawanan Bolasepak Kelayakan Piala Dunia Bakal Digalas Skuad Bawah 13 Tahun???



Ketika peminat bola sepak negara semakin kecewa dengan prestadi skuad Harimau Malaya dan skuad Bawah 23 Tahun di Sukan SEA, sekurang-kurangnya ada harapan cerah yang diterjemahkan pasukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Bawah 13 Tahun.

Sebelum ini, anak didik Lim Teong Kim itu menang lima perlawanan siri perlawanan persabahatan Jelajah Eropah termasuk berjaya membuat kejutan menewaskan skuad B-13 kelab terkemuka dunia.

Semalam, barisan muda yang dibimbing oleh Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal PPBN mengganas lagi apabila menewakan pasukan Sepanyol Bawah 16 Tahun dengan kedudukan 6-3.

Apa yang pasti, saiz fizikal tidak menjadi penghalang buat skuad Malaysia Bawah 13 Tahun itu untuk menang bergaya. Selepas ini, skuad tersebut akan berdepan Sevilla FC Academy dan Rayo Vallecano dari Portugal.
Sumber kilk sini.


Komen Isac;

Memang lah nampak macam mengarut... Tetapi kalau dilihatkan kepada pemain2 negara...Selalunya pada peringkat bawah umur mereka bermain baik. Tetapi apabila mengganggotai skuad kebangsaan prestasi mereka jauh ketinggalan dengan lawan yang sama umur/setaraf dengan mereka.

Pasukan ni nampaknya memang mempunyai masa depan yang cerah dan di antara pasukan yang telah mereka kalahkan adalah pasukan Bayern Munich bawah 13 tahun, 2: 1. Mereka juga telah berjaya seri dengan Sevilla FC bawah 13 tahun. Pasukan Sepanyol yang mereka tewaskan itu pula ialah dari skuad di bawah umur 16 tahun.

Memandangkan ramai pemain2 negara lawan dalam kelayakan Piala Dunia ni pun cuma berumur sekitar awal 20an, apa kata kita gantikan sahaja skuad jurulatih Dollah Salleh dengan budak2 bawah 13 tahun ni, kalau kalah pun X lah malu sangat... Boleh lah kita bagi alasan bahawa ini hanyalah pendedahan kepada skuad dan sasaran sebenar kita adalah 8 - 12 tahun dari sekarang??? Apa macam???

5 comments:

  1. Yes, Nampak reliastik juga cadangan tu. Tetapi kalau bagi lagi pendedahan sehingga age mereka sampai 17, Saya percaya mereka akan menjadi harapan Negara pada masa akan datang. .....

    ReplyDelete
  2. Budak2 ni kalau di temukan dengan pemain kebangsaan bimbingan dolah saleh , mungkin budak2 ni boleh menang.. Tetapi kalau budak2 ni berusia 18 tahun dan di serapkan dalam pasukan kenagsaan di bimbing pula oleh jurulatih macam jurulatuh kebangsaan yang ada sekarang budak2 ini juga akan senasib drngan pemain2 kebangsaan sekarang. Heboh saja lebih tapi tak boleh main pun.

    ReplyDelete
  3. SALAM BRO,BAWAH 13 TU TINGGI SANGAT.APA KATA KITA GANTIKAN DENGAN SKUAD BAWAH 10,ITU LAGI COMEL KAN !

    ReplyDelete
  4. Betul betul betul setuju sangat komen Isaac.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3