bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Jun 2015

Gempar!!! Semua PM Malaysia Dijatuhkan Oleh Tun Mahathir???

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (PM Pertama, 1957 - 1970)
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskanrusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti sepertiDr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Sumber klik sini.


Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (PM  Kedua,1970 - 1976)

Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman[perlu rujukan] serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Mungkin Tun Mahathir boleh dirujuk untuk menentukan samada Tun Razak terlibat atau tidak memberikan tekanan supaya Tunku untuk meletakkan jawatan sebagai PM, memandangkan nama beliau dan Tun Musa Hitam telah  tercatat sebagai dua individu yang aktif mendesak Tunku untuk meletak Jawatan. 

Apapun Tun Mahathir tidak sempat untuk mendesak Tun Razak supaya meletakkan jawatan,

Sumber kli sini.



Tun Hussein bin Dato' Onn (PM Ketiga, 1976 - 1981)
Walaupun sejarah menyatakan bahawa Tun Hussein Onn telah meletak jawatan kerana sebab kesihatan tetapi desas-desus mengatakan beliau terpaksa melepaskan jawatan kerana didesak oleh Tun Mahathir yang menggantikan beliau sebagai PM Malaysia ke 4. Ini diperkuatkan lagi apabila sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Sumber klik sini.

Pengharaman Umno pada 1988 rentetan satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO di mana terdahulu Perdana Menteri Dr Mahathir ketika titu telah mengharamkan surat khabar The Star milik Tunku Abd Rahman  dan ini telah menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Sumber klik sini.


Tun Dr Mahathir bin Mohamad (PM Keempat, 1981 - 2003)
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai,1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO[16]. Beliau mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor Star, Kedah.
Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[17].
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[18].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.[19]
Sumber klik sini.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (PM Kelima, 2003 - 2009)
Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu SelangorPulau PinangKedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa diKelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. 
Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah LimbangSarawak.[8]Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009 untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.[9]
Sumber klik sini.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (PM Keenam, 2009 - sekarang)
Yang ini masih lagi panas...Anda semua boleh dapatkan sendiri berita tersebut di media2 cetak mahupun di media2 masa.


Komen Isac;

Jadi apa yang hendak dihairankan....tentang dakwaan2 yang telah dilemparkan....
Benar atau tidak hanya masa yang akan menentukannya.
Untuk rekod Tun Mahathir bukan setakat cuba untuk menjatuhkan DS Najib malah, ianya sememangnya telah menjadi "darah dagingnya" barangkali, kerana sejak zaman Tunku Abd. Rahman lagi Tun Mahathir telah "menjatuhkan" PM dari Umno.
Mujurlah Tun Razak umurnya X panjang, jika tidak allahyarham juga mungkin tidak akan terkecuali....
Tun Mahathir mungkin tidak berniat jahat ketika merangka rancangannya tetapi apabila beliau telah menimbulkan suasana panik hingga mengakibatkan kejatuhan nilai matawang negara, kacau-bilau pasaran saham, suasana negatif pelaburan negara, mengundang ketidak kepercayaan pentadbiran dan pasaran malah sanggup menggunakan media asing untuk menghentam DS Najib, tindakannya itu meberikan tanda-tanya besar akan apakah motif beliau yang sebenar.

9 comments:

  1. Siapa yg desak Mahathir letak jawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus punya soalan. pm yang lain, dikhabarkan mahathir ada peranan untuk letak jawatan. cuma bila pm mahathir sendiri letak jawatan, ada sorang mahathir tu sebut 'dah lama dahhhh' sambil menangis teresak-esak utk lepaskan jawatan presiden umno (nak lepaskan jawatan pm le tu). namun bila ada seorang menteri wanita tu merayu mahathir jangan lepaskan jawatan, akhirnya tak jadi la letak jawatan. pusing2, kenapa ye semua perletakan jawatan pm-pm malaysia ni ada kaitan dengan mahathir ye? peliki jugak bila difikir2. kebetulan aje kot....hahaha

      Delete
  2. Jilat...jilat la ah jib gro tu....kang xdpt payment lak...ye tak?

    ReplyDelete
  3. BLOG INI BLOG GOBLOG!!

    OTAK PENOH TAIK SEBAB BANYAK MAKAN TAIK!!!

    ReplyDelete
  4. Pasai desakan Tun M untuk Najib letak jawatan memeberi kesan ekonomi yang ni suatu spekulasi mungkin auta saja bagi saya , masalah ekonomi adalah disebabkan oleh masalah kejatuhan harga minyak dan kejatuhan ringgit ekoran ketidak keyakinan pelabur dana pada pentadbiran najib yang lemah ditambah masalah ekonomi di china yang membantut ekspot kita.

    ReplyDelete
  5. Anon 9_39, kalau sendiri tak cukup ilmu, outdated, tak tahu hujung pangkal kenapa Mahathir desak najib letak jawatan jangan menyampuk, lebih baik diam.

    ReplyDelete
  6. Bersyukur lah pada tuhan...berterima kasih pada tdm...orang tua ni adalah pejuang ulung..kalau tun nampak anak buah dia buat silap..dia akan tegur..mula-mula tun bg nasihat secara bapa dan anak...kalai degil dan kurang ajar..kenalah rotan sikit...tapi kalau kena yg derhaka..kena lah ligan separuh maut sebab hidup menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  7. "Walaupun sejarah menyatakan bahawa Tun Hussein Onn telah meletak jawatan kerana sebab kesihatan tetapi desas-desus mengatakan beliau terpaksa melepaskan jawatan kerana didesak oleh Tun Mahathir yang menggantikan beliau sebagai PM Malaysia ke 4. "

    Suka hati hang saja kata desas-desus. Siapa yang 'cakap' tu kalau bukan hang sendiri? Penglipur lara betoi la.

    Tun Mahathir pun pernah di'asak' supaya letak jawatan. Tapi dia survive.

    ReplyDelete
  8. Sekarang semua sudah kenal tun m, tun sanggup tubuh parti baru nk jatuhkan najib..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3