bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Jun 2015

Dengan Dunia Tanpa Sempadan - Salahkah Jika PM Kita Kaya-Raya???

Melihatkan senario politik akhir2 ini....di mana fitnah dan tohmahan seperti bukannya suatu dosa....Penulis terpanggil untuk menulis topik ini.

Berdasarkan kepada pertemuan secara tidak sengaja....
Halim Saad bekas  bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Renong Bhd yang satu ketika mengendalikan Projek Lebuh raya Utara-Selatan (PLUSmenceburi bidang caligali petroleum, gas dan makanan di luar negara khususnya di Kazakhstan melalui syarikat miliknya Markmore Sdn Bhd. 

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama memiliki medan minyak di Kazakhstan.Kegiatannya di Malaysia terpaksa dihadkan kerana terpaksa bersaing dengan GLC seperti Petronas. Halim mengambil masa setahun untuk mendapatkan konsesi medan minyak di Rakushechnoye yang memiliki 47 telaga. Kebanyakan medan minyak di Kazakhstan terletak di daratan dan kos pengeluaran lebih murah. Kazakhtan yang memiliki rizab emas hitam ke-11 terbesar di dunia itu membenarkan syarikat-syarikat asing memiliki telaga minyak sendiri.

Peta: Kazakhstan (sumber)
Kini medan minyak atas darat itu berjaya mengeluarkan 1,000 tong sehari dan ia dijangka meningkat kepada 3,000 tong sehari dalam masa lapan tahun. Semasa artikel in ditulis, kemunkinan pengeluaran untuk tempoh 8 tahun itu sudahpun dicapai. Negara itu memiliki rizab minyak ke-11 terbesar di dunia. Markmore melalui anak syarikatnya Markmore Energy (Labuan) Ltd. (Markmore) dan Caspioilgas LLP (Caspioilgas) merupakan pemilik konsesi lapangan minyak di Kazakhstan untuk tempoh 25 tahun. Setakat ini minyak hanya dieksport ke Eropah sahaja. Sumber klik sini.



Peta Medan Minyak Daratan di Kazakhtan (sumber)

Tidakkah ada kemungkinan sesetengah daripada pemimpin kita juga mempunyai proksi2 perniagaan mereka di luar negara untuk menjalankan perniagaan bagi pihak mereka??? Sekiranya penggunaan proksi untuk mendapatkan projek2 di dalam negara mungkin adalah sesuatu yang menyalahi kerana boleh mengundang salah-guna kuasa jika ianya membabitkan campurtangan ketika pemberian kontrak dijalankan, pastinya menjalankan perniagaan di luar negara sesuatu yang lebih telus. Cuma kebiasaannya pemimpin2 akan menggunakan proksi kerana tidak mahu dikenali mahupun supaya perniagaan tersebut berjalan dengan lebih adil kerana pengaruh sebagai pemimpin negara tidak digunakan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan perniagaan.

Bayangkan sekiranya ada di antara pemimpin2 kita yang merupakan seorang billionaires tetapi kita dengan sewenang2 menuduh mereka berbelanja menggunakan duit rakyaat apabila kita melihat mereka bermewah2 dan sebenarnya perkara tersebut adalah tidak benar, bukan kah kita sebenarnya telah memfitnah ataupun menohmah mereka???

Fikir2 kan.....


3 comments:

  1. kalau nak kaya pegi berniaga, jgn jadi pemimpin negara.,....guna jawatan dan kuasa untuk menarik proksi dan dapatkan kontrak walaupun diluar negara !
    kata, dunia tanpa sempadan !!

    Bila ada kedudukan pemimpin negara luar pun sanggup jadi besan. tak usah temberang laaa...

    ReplyDelete
  2. Pak Jib harus undur sejak memegang tampuk pentadbiran Malaysia tidak seperti Negara Islam. Martabatkan Syiar Islam jika ingin jadi pemimpin yang hebat.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin memang tak boleh kaya melampau. Pemimpin kaya dilihat pemimpin yang tidak bersih. KECUALI kalau dia kaya sebelum jadi pemimpin seperti Khalifah Saidina Othman.

    Pemimpin yang kaya ketika jadi pemimpin merupakan pemimpin yang cuba menggunakan kuasa dan pengaruh untuk kayakan diri sendiri. Pemimpin sepatutnya kayakan organisasi yang dipimpin. Kalau PM, beliau kayakan negara dan rakyat. Itulah mengorbanan seorang pemimpin.

    Kalau tak mahu korbankan ini...tak usah jadi pemimpin. Nak kaya jangan jadi pemimpin...jadi businessman

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3