bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Apr 2014

A Samad Said Dakwa "Dikencing" Oleh Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor???


KUALA LUMPUR: Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara,  Datuk A. Samad Said.

Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.

"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.

Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera,  Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu.

Novel Sungai Mengalir Lesu yang diulang cetak kali keempat dilancarkan dengan rasminya, Selasa.

Selain Uthaya, Senator Dr Syed Husin Ali turut menjadi pengulas novel yang diterbitkan kembali oleh Wira Bukit Sdn Bhd dengan kerjasama Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).   



Komen Isac;

Dimain oleh orang politik....

Pak Samad perlu lebih berhati2 ....

Sebab jika tersilap langkah bukan setakat lukisan2 dan hasil sastera beliau yang "tergadai" malah "diri" beliau juga boleh hilang maruah....

6 comments:

  1. Simpati dan impati kpd a.samad
    Exco kaki kencing - lumrah

    Nilai lukisan - 16 ribu tak bayar bising
    Nilai sasterawan negara - diseret demonstrasi jalanan hilang harga diri tak mengapa @ mungkin dibayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunjukan harga lukisan lebih mahal dari dirinya

      Delete
  2. Padan muka pun...dok layan kan sangat puak kuat kencing..dah tu knp nak marah bila kene kencing...kata sastrawan negara..tpi bengong juga kenapa...nak berjuang tapi salah landasan..tanggung la sendiri..tu baru skit jer kene kencing...yang selama ni kene kencing dgn ideologi bukan2 dalam PR tu x sedor2 lagi ker...ingat lagi tua, janggut pun dah putih makin cerdik menilai....dah la Pak Samad...pemikiran hang pun dah tak laku.... baik la berehat daripada join puak2 berok tu...

    ReplyDelete
  3. " dikencing" jer ... "diberak" ada tak ??

    ReplyDelete
  4. 16 ribu untuk 2 buah lukisan memang besar, sebab dalam bentuk material @ duit. duit kelihatan segala-galanya. bagaimanapun a. samad said diheret dan terseret dalam arus politik penipuan tidak pulak dinilai dalam hukum rugi. mungkin masih rasa seronok ditipu dan boleh dianggap berbaloi kerana dibuai angan2 kosong.

    ReplyDelete
  5. Kalau kencing atas kepala boleh buat tonik rambut.
    Pak Samad ni silap pilih kawan. Terlalu emotonal dalam sesuatu perkara melibatkan kerajaan. Sanggup bersengkokol dengan setan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3