bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Apr 2014

Siapa Dalang Guna Pencerobohan Lahad Datu & Kehilangan MH370 Untuk Cemar Imej Kerajaan???

Insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah serta kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilihat dijadikan ‘platform’ oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan bagi memenuhi agenda peribadi masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, malah segala usaha kerajaan untuk menangani isu berkenaan telah dipertikaikan dan dikritik termasuk tindakan memesongkan fakta-fakta.

Walau bagaimanapun, jelasnya, kerajaan mengakui tidak semua tindakan menyelesaikan insiden terbabit dipersetujui dan diterima baik oleh pihak-pihak yang mengikuti perkembangan itu kerana mereka mentafsirkannya dalam konteks berbeza.

“Sebagai contoh, dalam insiden kehilangan MH370, ketelusan dan perkongsian maklumat oleh Malaysia telah dikritik oleh segelintir pihak yang melihat kejadian ini sebagai ruang untuk memburukkan imej negara. (Tetapi) dalam konteks ini, saya yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan terpaksa berdepan pelbagai cabaran dalam menjelaskan serta menangkis segala tohmahan yang dilemparkan selain mengetepikan teori konspirasi yang diutarakan.

“Alhamdulillah, krisis ini telah dapat diurus dengan baik dan kebanyakan masyarakat serta ahli keluarga dapat menghadapi keadaan yang kompleks ini dan memberi ruang kepada kerajaan untuk menguruskannya sehingga menemui jawapan kepada kehilangan MH370,” katanya dalam ucaptama merasmikan Simposium Penasihat Pertahanan 2014 di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Sumber klik sini.

Macam ada kaitan pulak....Yang bawah ni pun sama jugak.....Begitu juglah dalam banyak isu lain.....Mereka ni cuma tahu menabur fitnah!!!!




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3