Selepas lebih 20 tahun kerajaan Pas Kelantan bercadang hendak melaksanakan hukum hudud, akhirnya Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dibincangkan hari ini.
“Hari ini sebahagian besar ahli yang dipilih dan dilantik untuk membincangkan enakmen ini telah hadir bermesyuarat. Ini kiranya mesyuarat pertama kali selepas disebut-sebut oleh kerajaan negeri sejak lebih 20 tahun lalu dicadangkan kerajaan negeri.
“Sepanjang bermesyuarat, ada ahli mempertikaikan kenapa mesyuarat yang dianggap pertama kali ini diadakan, sedangkan jawatankuasa ini sudah lama dibentuk,” katanya yang menjelaskan ada juga sebahagian ahli menuduh wujud unsur penipuan dan tidak bersungguh-sungguh kerajaan negeri dalam melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.
Sebenarnya, kata Dr Fadzli, kerajaan negeri telah menubuhkan dua jawatankuasa bagi menentukan kanun hudud iaitu jawatankuasa pra teknikal, sebelum jawatankuasa induk teknikal ini ditubuhkan.
Kata beliau, penubuhan dua jawatankuasa itu adalah bagi memberi peluang kepada kerajaan negeri menjalankan kajian secara terperinci termasuk mendapatkan pandangan dan ilmu pengetahuan mengenai hukum itu dari pelbagai pihak termasuk tokoh akademik.
“Laporan yang diperolehi itu akan ditambah dan dimasukkan dalam mana-mana bahagian yang sesuai dalam Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah II 1993 sedia ada. Malah laporan itu juga telah dicadangkan dan diberi pandangan oleh jawatankuasa induk teknikal yang terlibat, sebelum menunggu kelulusan bagi pelaksanaan,” katanya.
Komen Isac:
Bayangkan setelah lebih 20 tahun....baru hendak diadakan mesyurat....
Lebih ironi hanya selepas TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersara....
Habis yang selama ini dicanang kepada seluruh negara kononnya Tun M menghalang Hukum Hudud di Kelantan tu apa pasal pula???
Satu pembohongan??? Suatu fitnah???
Lebih ironi... hanya selepas lebih 20 tahun....baru Kerajaan Pas Kelantan tersedar bahawa mereka tidak boleh laksanakan Hudud di Kelantan bukan sahaja kerana mereka sendiri seperti tidak faham akan hukum hudud yang mereka hasilkan sehingga seolah2 Islam menghalalkan "meliwat" isteri sendiri.....Mereka juga baru sedar perlaksanaan Hudud adalah bercanggah daripada perlembagaan negara. Sumber klik sini.
Kita lihat pula kuasa mahkamah Syariah di Malaysia;
Perlembagaan Malaysia 1984,
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:- Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
- Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
- 3 tahun penjara atau
- Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
- Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)
Jestru untuk memboehkan Hudud dilakukan oleh Mahkamah Syariah, Perlembagaan Malaysia perlulah dipinda untuk memberikan kuasa yang lebih kepada Mahkamah Syariah. Suatu perkara yang hanya boleh dilakukan sekiranya semua MP Islam/Melayu/Bumiputera bersetuju untuk meminda perlembagaan yang melibatkan kuasa Mahkamah Syariah.
Atau dalam kata lain jika orang Melayu/Islam bersatu!!!
Adakah ini dapat kita lakukan???
Ini lah yang sepatutnya dilakukan oleh Pas jika mereka benar2 ikhlas mahu menegakkan Hudud...
Bukannya menunding jari dan mencari polulariti...Tanpa mahu melihat apakah masalah sebenar yang dihadapi dan bagaimana cara mahu mengatasinya....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.