Menurutnya, bukan tugas DHPP untuk menjelaskan isu hudud kepada bukan Islam terutamanya di Kelantan.


Malah katanya, DHPP tidak relevan dalam memainkan peranan bagi menjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud.


“Kalau saya anti hudud, tak kan saya duduk dalam Pas yang membawa perjuangan Islam.


“Sepatutnya Rosli (Dr Rosli Alani) dengar dulu penjelasan... saya bukan anti hudud tetapi tugas saya untuk menjelaskan mengenai hudud tidak wajar,” katanya melalui perbualan telefon bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, semalam.
sini.
Pang Chaw berkata demikian ketika mengulas mengenai gesaan Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani yang mahu beliau dipecat daripada parti kerana tidak mahu memikul peranan menjelaskan hudud kepada bukan Islam.



Khalid dalam pada itu, turut mempertahankan Pang Chaw dengan menyifatkan tugas memberi penerangan berhubung hudud kepada bukan Islam tidak boleh diletakkan di bahu DHPP.


Katanya, pimpinan Pas sepatutnya yang memikul tanggungjawab bagi mengelakkan timbul sebarang percanggahan maklumat sekiranya ia dilakukan oleh DHPP.


“Saya cakap pasal hudud pun orang pertikai sebab saya bukan ustaz. Apa lagi kalau DHPP. Bila Pang Chaw kata dia tak nak terima tanggungjawab jelaskan pasal hukum hudud maka itu bukan suatu masalah, sebaliknya orang yang pakar mengenai perkara itulah perlu perjelaskan.


“Kita tak boleh letakkan tanggungjawab ke atas DHPP sama seperti mana yang dipikul oleh pimpinan Pas, lebih-lebih lagi golongan ulama yang bertanggungjawab untuk menjelaskan isu seperti ini,” katanya.

Sumber klik. 


Komen Isac;

Betul jugak komen Hu Pang Chaw ni...

Pastinya Pas lebih tahu pasal Hudud...Sebab dia org yg gubal.

Jestru pastinya penjelasan tentang hudud terbeban dan tanggung-jawab pas...

Nak suruh kelab penyokong Pas yang bukan Islam membuat penerangan...Kalau salah nanti mcm mana???

Apa lah Ketua Pemuda Pas ni....