bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Dec 2013

Candi Hindu Merbuk - Penjualan Diluluskan Kerajaan PR Tetapi Mukriz Yang Dipersalahkan???

Biasalah....

Kalau tak menipu dan putar alam itu bukan Pakatan Rakyaat...

Memburukkan lagi keadaan, ada pihak yang mendakwa Replika Candi yang dibina semula pada tahun 1974 di atas tapak runtuhan Candi Asal yang dibina 1000 tahun dahulu telah digembar-gembukan sebagai bukti orang2 India adalah merupakan penduduk asal negara ini. Suatu dakwaan berbau politik yang mahu menidakkan taraf orang2 Melayu/Bumiputera termasuk kaum Asli sebagai penduduk Asal negara ini.

Umum mengetahui penduduk asal Tanah Melayu adalah orang2 Melayu dan orang Asli. Tidak siapa menafikan bahawa penduduk Nusantara atau yang dikenali sebagai Alam Melayu ini telah mengamalkan agama anamisme, budha dan hindu sebelum kedatangan Islam. Malah sejarah membuktikan orang2 India hanya dibawa masuk secara besar-besaran ke negara ini oleh penjajah British pada sekitar abad ke 19/20 untuk bekerja di ladang2 getah milik mereka. Jadi pendapat yang cuba mengaikan monumen Candi Merbuk sebagai bukti orang2 India telah datang ke Tanah Melayu lebih awal daripada orang2 Melayu adalah suatu usaha berniat jahat untuk menafikan hak Melayu/Kaum Asli/Bumiputera sebagai penduduk asal negara ini.

Jestru isu Candi Merbuk hanya membuktikan pengaruh agama hindu telah wujud sejak 1000 tahun dahulu. Ianya mungkin telah disebarkan oleh mubaligh2 Hindu dan tidak lebih dari itu. Malah kemungkinan juga mubaligh2 Hindu tersebut adalah orang2 Nusantara sendiri samada daripada kerajaan Mataram dan Majapahit yang sememangnya terkenal di zaman tersebut. Malahan Tanah Melayu juga pernah berada di bawah jajahan mereka dan bukannya dari India. Secara logik akal pula, jika pun para mubaligh India yang datang, mereka tidak datang beramai2. Hanya datang dalam jumlah yang kecil. Jadi takkanlah mahu mengaku mereka ini yang membuka Tanah Melayu.

N. Surendran seperti biasa memang pandai mensensasikan sesuatu isu sehingga boleh menjejaskan perhubungan di antara kaum. Adakah Surenderan berniat mahu mendakwa dirinya sebagai bumiputera kerana mempunyai pertalian dengan mubaligh yang membina Candi Merbuk???

Perkara kedua, kerajaan yang meluluskan penjualan tapak Candi tersebut adalah kerajaan Pakatan Rakyaat dan sebaliknya kini mereka lepas tangan dan menyalahkan kerajaan BN. Sesuatu yang sinonim dengan mereka yang suka, "lempar batu sembunyi tangan".

Lihat sahaja nasib yang menimpa Kg Buah Pala di Pulau Pinang sekitar 2008 yang lalu, yang kononnya mahu mereka pertahankan tetpi bila telah menang dan membentuk kerajaan di Pulau Pinang, nasib penduduk2 kampung berkenaan tidak mereka endahkan.

Sumber klik sini.

2 comments:

  1. Di bali ada tak TAMIL. .India?
    Bodoh!

    ReplyDelete
  2. YANG DOK KALUT DENGAN BEKAS KUIL HINDU TU, PASAI APA ??? APA PERLU UNTUK MENGEKALKANNYA. INGAT, DI KOTA SUCI MEKAH ADA SEBUAH BANGUNAN YANG DISEBUT SEBAGAI RUMAH NABI MOHAMMAD S.A.W. RUMAH INSAN AGONG ITU PUN ARAB NAK ROGOH...TAPI TAK JADI,..KHABARNYA KERANA TELAH DIBAYAR OLEH SEORANG JUTAWAN MESIR DENGAN HARGA YANG SANGAT TINGGI...INI KAN PULA HANYA BEKAS KUIL HINDU...APAKAH BESAR SANGAT PENGARUH KUIL HINDU DALAM SEJARAH ORANG MELAYU. ????. DI KAMPUNG SAYA...PERMATANG PASIR, DEKAT TIKAM BATU ADA SEBUAH TAPAT KUIL HINDU...TAPI ENTAH BERAPA PULUH TAHUN DULU TELAH DI BIARKAN BEGITU SAJA. PAGAR YANG PADA MULANYA DI BINA, TELAH PUN TIADA LAGI.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3