bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Dec 2013

Seperti Biasa, Sekali Lagi Anwar Jilat Ludah Dia Balik???

Katanya Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.“Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia. Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.

 “Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP,” kata Shahidan.

Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. 

Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.

Sumber klik


Komen Isac;

Ketua Pembangkang ni depan rakyaat bukan main lagi kononnya memperjuangkan rakyaat... 
 
Tapi seperti biasa bila "orang tak nampak" barulah beliau tunjukkan wataknya yang sebenar.

Dalam konteks kenaikan gaji ini,sememangnya wajar gaji2 MP dinaikkan. Gaji2 kakitangan awampun yang mendapat kenaikan setiap tahunpun sudah 2-3 kali mendapat pelarasan sejak zaman Tun Abdullah lagi...Sebaliknya elaun tetap dan elaun2 MP dan pada ADUN sudah lama tidak dinaikkan.
 
Tetapi kerana seperti biasa PR yang diketuai oleh pemimpin pembangkang, DSAI sememangnya bersikap populis dan sering mengambil pendekatan retorik, mereka akan cuba menunjukkan kononnya mereka memperjuangkan rakyaat... Walaupun kononnya menafikan hak mereka sendiri...Tapi sekarang jelas, mereka hanyalah pemimpin yang suku berpura2...

 posted from Bloggeroid


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3