bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Dec 2013

Sukan SEA: Hazwan Cipta Hatrik Harimau Muda Menang 4 : 1 ke Atas Laos

PEMAIN Harimau Muda, Thamil Arasu dijatuhkan pemain Laos, Sengdao Inthilath pada perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar 2013 di Stadium Zayar Thiri, Nay Pyi Taw, Myanmar hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131213/su_14/Sukan-SEA-Myanmar-Harimau-Muda-benam-Laos-4-1#ixzz2nMXK8Izj
© Utusan Melayu (M) Bhd 


NAY PYI TAW 13 Dis. - Malaysia terus mengutip tiga mata penuh dalam acara bola sepak Sukan SEA Myanmar selepas mengalahkan Laos 4-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Zeyar Thiri di sini hari ini.

Skuad bawah 23 tahun negara dibawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila penyerang Ahmad Hazwan Bakri membuka jaringan seawal minit keenam perlawanan dari sebelah kanan padang.

Laos menggandakan serangan bagi mencari gol penyamaan namun gagal menembusi pertahanan negara yang dikawal kemas oleh K.Reuben dan Nazirul Naim Che Hashim.

Malaysia yang mengusai perlawanan turut melancarkan beberapa serangan menerusi kapten pasukan Mohd Irfan Fazail pada minit ke-35 namun melepasi palang gol.

Kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan negara, K.Ruben mengudang padah kepada pasukan negara apabila beliau nenanduk ke belakang sepakan percuma yang dilakukan oleh pemain Laos Souk Aphone Vongchiengkham pada minit ke-41.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, Malaysia yang tertekan dengan kedudukan 1-1 memperkuatkan jentera serangan dengan melakukan beberapa cubaan merbahaya ke gawang gol Laos yang dikawal oleh Soukthavy Soundala.

Kegembiran Laos tidak kekal lama apabila Ahmad Hazwan menyelamat keadaan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-60 hasil hantaran lintang yang dilakukan oleh Mohd Irfan.

Kecelaruan pada pada pertahanan Laos mengundang padah kepada pasukan itu apabila pemainnya Ketsada Souksavanh menjaringkan gol sendiri pada minit ke-80.

Ahmad Hazwan mencipta hatrik apabila menjaringkan gol keempat negara pada minit ke-86.
Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Malaysia dijangka akan menghadapi saingan mencabar apabila dijadualkan menentang Singapura pada perlawanan berikutnya, Ahad ini. - BERNAMA


Komen Isac;

Mungkin beliau mahu melepas geram kerana banyak terlepas peluang terhidang ketika perlawanan persahabatan menentang FC Ryukyu tempohari. Sebelum dilanda kecederaan Hazwan sememangnya penyerang yang tajam malah pernah menjaringkan hatrik ketika turun sebagai pemain gantian ketika menganggotai skuad senior Harimau Malaya.

Kembalinya Hazwan mendapat sentuhan jaringan pasti menjadi berita gembira buat Datuk Ong Kim Swee dan skuad negara. Perkhabaran yang bakal memeningkan kepala pengendali skuad harimau muda untuk membuat pilihan. Apapun pasti akan menjadi perlumbaan sihat buat pemain2 meningkatkan prestasi masing2.

Dengan Thamil Arasu dan Rozaimi yang dilihat juga agak tajam, seorang lagi penyerang negara, Izat juga diharap akan mendapat sentuhan golnya setelah kembali daripada kecederaan dan rehat yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3