Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram.
Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”
Saya Badrul Hisham Bin Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard telah bertanding di kerusi N21 Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang. Walaupun kerusi tersebut ialah kerusi PKR (tahun 2008 ditandingi PKR) tetapi kerusi tersebut telah turut ditandingi oleh calon PAS.
Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :
1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan.
2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda.
3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis.
Jelas saya antara calon yang dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS ?
Saya tidak hadir lewat ke Pusat Pencalonan maka saya antara yang dituduh oleh Tuan Guru sebagai penjual pil kuda atau berfahaman komunis atau kedua – duanya sekali.
Saya menganggap tuduhan itu berat bukan hanya ketika berperang (Pilihanraya Umum) Tuan Guru membekalkan peluru kepada musuh tetapi tuduhan tersebut yang diambil menjadi berita utama oleh media tidak pernah dibetulkan oleh Tuan Guru sehingga kini.
Gambar saya turut disiarkan bersama kenyataan Tuan Guru dan antaranya menjadi tajuk muka depan. Sedarkah Tuan Guru dengan prosedur yang beban membuktikan ialah beban yang ditanggung oleh pembawa tuduhan.
Sumber klik http://www.anwaraidc.com/?p=42571
Komen Isac;
Dia melebel pemimpin parti Islam sebagai pemfitnah??? Wow!!!
Mengikut hukum hudud jika menuduh tanpa bukti seseorang boleh dihukum sebat sehingga 80 rotan dan persaksiannya tidak akan diterima sampai bila2 dalam mana2 kes selepas itu.
Tapi apa yg mahu dihairankan....
DS Anwar Ibrahim pun selalu melemparkan fitnah....Fitnahnya tentang 40k pengundi2 hantu yang dijaja dalam rapat2 umum Blackout 505 di seluruh negara akhirnya dengan selamba dinafikan sendiri oleh beliau.
Wan Azizah yang memfitnah kerjaan Malaysia pimpinan Tun Mahathir menggunakan racun arsenik untuk meracun suaminya.dan akan menyuntiknya dgn virus HIV juga tidk pernah meminta maaf.
Hj Hadi rekodnya pun bukan baik sangat... Lihat sahaja "Amanat Hadi".
Nik Aziz banyak ftwa peribadinya yang membawa kerosakkan terhadap umah...
DAP pulak...lagi lah teruknya.... Kalau diikutkan oleh mereka semua yang kerajaan BN mahu buat sejak dulu lagi...dari lebihraya PLUS, Menara Komtar, Jambatan Kedua ke Singapura, Jambatan Pulau Pinang, Putrajaya dll projek2 mega yang lain semuanya mereka bantah....
Tetapi kini mereka mahu menguasai negara dan "Mempusakai" segala pembangunan yang telah diusahakan oleh BN...
posted from Bloggeroid
2 x 5...5 x 2... PKR, PAS, DAP sama2 kaki pembohong, pemfitnah dan putar belit...
ReplyDelete