Foto: Hishammuddin dan "Lifestyle Sign". Ikhsan Blogger "Malayrights" yang Melawat H2O Semalam.
Ahad...Datuk Seri Hishamuddin Husssein kelihatan ceria buat pertama kali melangkah keluar dari wad sebuah hospital swasta di Jalan Ampang Kuala Lumpur setelah menjalani rawatan kerana ateri sempit.
Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk mengambil angin, minum kopi dan berbual di kafe hospital itu dengan ditemani isteri Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah dan anak kedua mereka, Faris, 22, dan anak bongsu Fahd, 15..
"Ini merupakan kopi pertama saya selepas dimasukkan ke hospital ini sejak Isnin lalu," katanya.
Katanya pada wartawan di situ beliau menjelaskan beliau dijangka keluar dari hospital esok Isnin dan doktor telah memberitahu bahawa jantungnya akan mengambil masa untuk kembali pulih.
Katanya beliau berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selepas ini termasuk berhenti merokok.
Sumber berita klik sini.
Sumber berita klik sini.
Komen Isac;
Mungkin inilah idea yang cuba dilontarkan oleh Ketua MBM yang baru Saudara Ibdillah Ishak.
Cuba berikan contoh yang baik kepada belia dan remaja di Malaysia.
Di samping memperkatakan soal politik, sesekali hendaklah disulami dengan "Lifestyle" ataupun gaya hidup sihat yang boleh dijadikan panduan dan ikutan belia dan remaja.
Pelajaran kita hari ini...Walaupun anda mungkin seorang Menteri ataupun individu yang berjaya dan banyak wang....
Jangan sesekali merokok kerana ianya akan memudaratkan kesihatan anda dan "pembunuh senyap" orang di sekeliling anda....
Bezanya jika anda kaya dan banyak wang anda masih berpeluang untuk berhenti merokok dan "bertaubat".... Sebaliknya jika anda miskin.....Ianya mungkin sudah terlambat untuk anda berubah!!!
Jestru amalkan "Lifestyle" ataupun gaya hidup sihat dari mula lagi!!!
Terutamanya buat yang beragama Islam, merokok telah difatwakan sebagai sesuatu yang haram.
posted from Bloggeroid
Apalah manfaatnya merokok, hanya membazir, memudharatkan dan mengganggu org bersebelahan.
ReplyDelete