bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Oct 2013

Harun Taib Bertegas Umat Islam Wajib Pertahankan Kalimah Allah - Dr. MAZA Kata Boleh Jika Tuhan Kristian Menepati Zat Allah???

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'.

“Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

“Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” katanya lagi.

Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi agama selain daripada Islam.

“Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain,” katanya lagi.

Sumber klik sini.

Dr MAZA bersama2 ilmuan agama pro pembangkang yang lain sejak awal lagi tetap mempertahankan kalimah "Allah"  boleh digunakan oleh agama lain selagi ianya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala klik sini.

Soalan penulis, buat agama Kristian yang percaya Tuhan mereka berasaskan kepada fahaman Triniti, iaitu Tuhan, Isa dan Roh Kudus adakah ianya boleh diterima pakai?

Jestru bolehkah Dr MAZA tunjukkan kepada kita di manakah  kedudukan tuhan agama Kristian yang menepati zat sebenar Allah???

Tidak kah alasan "tergantung" sebegini menyusahkan orang ramai malah boleh menyesatkan mereka???

Alasan beliau Kalimah Allah telahpun digunakan oleh bukan Islam di negara ini kerana  orang bukan Islam di negeri tertentu menyanyikan  lagu negeri mereka (Johor misalnya) yang mempunyai kalimah Allah, malah mereka yang menganggotai polis dan tentera juga menggunakan lambang "Allah dan Muhammad" sebagai lambang pasukan2 keselamatan tersebut.

Pada pandangan penulis perkara di atas tidak boleh dijadikan alasan kerana sebagaimana perlembangaan negara yang memperuntukkan Islam sebagai agama resmi, sudah pasti ada nilai2 agama Islam yang telah diterapkan kedalam perlembagaan, perundangan dan juga juga peraturan harian penduduk2. Apa yang hendak dihairankan kerana dalam negara2 yang diterajui oleh orang2 Kristian mereka juga menerapkan nilai2 agama mereka di dalam perlembagaan, undang2 dan peraturan mereka. Selain ianya menjadi lumrah manusia ia juga adalah kewajipan untuk penganut sesuatu agama mempraktikkan agama yang mereka anuti terutamnya di dalam negara dibawah kekuasaan mereka. Klik sini.


4 comments:

  1. ekekek.....bahalol punya maza....

    bdak darjah 3 pon tau tuhan tu satu bukan 3.....

    maza kata bolehh....kehkehkeh...

    buang je laaa phd tu dlm longkang....

    ReplyDelete
  2. dr maza, sejak akhir2 ini sibuk cari publisiti murah. suka sgt menongkah arus.

    ReplyDelete
  3. Komen MAZA menunjukkan betapa dangkalnya otak beliau, kenapa orang bodoh sebegini boleh dilantik menjadi mufti Perlis dulu? MAZA mungkin sudah beralih dari Wahabi menjadi Liberal pulak.

    ReplyDelete
  4. kalimah ALLAH dipakai atau mungkin di sebut....
    Dan BUKAN diterjemah untuk sesuatu KITAB yang tidak meyakini
    ALLAH itu ESA/TUNGGAL....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3