bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Oct 2013

Kerjasama Diberikan Kerajaan Negeri Yang Baru Bakal Memakamurkan Kelantan???

KOTA BHARU - Kerajaan pusat bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi perkara yang memberi faedah kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program dan projek oleh kerajaan pusat menerusi inisiatif Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan adalah antara contoh kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat.

"Pelaksanaan ECER di Kelantan banyak memainkan peranan untuk membantu membangunkan negeri ini sekaligus membuktikan kerajaan pusat prihatin untuk memajukan negeri ini yang ketinggalan supaya Kelantan juga akan menjadi negeri maju seperti negeri lain," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini, hari ini.

Beliau secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis tersebut.

Mustapa berkata, ECER banyak membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat di negeri ini sejak ia mula dilaksanakan pada 2007.

Antara projek yang telah dilaksanakan ialah pembangunan Taman Halal di Pasir Mas; Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan di Pengkalan Kubor, Tumpat, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di Pasir Puteh; dan projek Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang.

Pada taklimat media di sini Khamis lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata pelaksanaan pelbagai program dan projek di bawah ECER di Kelantan berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun sejak 2007.

Ia turut mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dan 1,000 peluang keusahawanan.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berkata kerajaan negeri juga bersedia untuk memberi kerjasama supaya lebih banyak lagi projek di bawah ECER dibawa ke negeri ini, termasuk menyediakan tanah.

Beliau berkata projek yang dilaksanakan itu amat berfaedah kepada rakyat dan berharap ia menarik lebih ramai peserta. - Bernama Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3