bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Oct 2013

Tahaluf Siyasi - DAP Bakal Diislamkan Atau Dihapuskan???

Tahaluf siyasi iaitu perjanjian antara Pas, PKR dan DAP kononnya mengambil sempena perjanjian  Hudaibiyah antara Rasulullah s.a.w dan Musyrikin Mekah. Satu perjanjian yang zahirnya berat sebelah tetapi akhirnya memberikan kemenangan kepada umat Islam sehingga memungkinkan pembukaan kota Madinah.

Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisy berasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang memberikan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.


Apabila Rasulullah mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrán', Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy. Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan.

Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.

Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.

Kalau dikirakan daripada tahun 1998, ianya telah lebih 15 tahun barisan pembangkang disatukan dan jika dikira sejak 2008 sekurang2nya telah 5 tahun Tahaluf siyasi/perjanjian antara Pas, PKR dan DAP ini berlaku tetapi masih tidak ada tanda2 Pas akan dapat menegakkan negara Islam melalui PR sebagaimana laungan mereka sejak ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.

Parti yang mendakwa mengikut Al Quran dan As Sunnah ini masih gagal mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. yang berjaya membuka kota Mekah hanya 2 tahun selepas perjanjian Hudaibiyah. Masih gagal selepas ber Tahaluf siyasi melalui "Barisan Alternatif" selama 15 tahun dan juga masih gagal setelah bersama "Pakatan Rakyaat" selepas 5 tahun.

Kalau betul2 mengikut sirah perjuangan Rasulullah s.a.w., melihatkan kepada DAP yang dikatakan masih lagi melindungi gerakan memurtadkan umat Islam, meluaskan fahaman pluralisma, budaya arak, rumah urut, persundalan dan lain2 yang dilhat sebagai serangan terhadap akidah umat Islam sudah sewajarnya Pas mengikut pendekatan Rasulullah s.a.w. dan mereka hendaklah "membuka Malaysia dan mempertahankan penganut2 Agama Islam".


Soalan penulis, jika itu berlaku apa akan jadi terhadap DAP dan PKR???

DiIslamkan? Dibunuh? Dihalau?
 
 

1 comment:

  1. Sebagai org awam tertanya didlm hati, tahaluf sayasi ini adakah mendpt keredhaan Allah. Adakah cth perjanjian hudaibiyah diambil dgn sebenar2nya. Dilihat perjanjian itu ketika islam tidak bertapak di Mekah, Rasulullah saw memasuki mekah dan menghancurkan berhala2.(skrg di M'sia, Islam sudah bertapak dgn perlembagaan nya sekali) senario yg berlainan. Pendekatan yg lain sepatut diambil oleh PAS jika benar mahu menegakan Islam di Malaysia.
    Terdapat byk Ulama dalam PAS, persoalan dpt Rasulullah mengislam bapak saudara, datuk baginda saw? Jadi tidak lah tepat jika ingin mendakwah atau mengislamkan puak ni dijadikan alasan krn semua nya adalah ketentuan Ilahi.
    Apakah kedudukan anggota2 PAS yg meninggal dunia sepanjang tahaluf siyasi ni sebab mengundi org2 kafir ini sebagai pemimpin dan kawan setia krn terdapat ayat2 yg memutuskan Munafik, Fasik dan Zalim dan diancam azab yg pedih jika ini diamalkan. Adakah sehingga pengadilan di Yaumul hisab baru kita nak menyesal krn tersalah pilih, adakah ahli2 UMNO/PAS/PKR telah masuk terlalu dalam hingga tidak mampu berundur? tidakkah jelas bahawa ahli2 UMNO/PAS/PKR menentang saudara seqiblat memenangkan org2 kafir. Jika hendak memperbaiki negara dgn menegakan Islam secara kaffah bukankah lebih baik dari dalam jemaah yg sama?. Aku org awam yg keliru dgn keadaan ini lantas aku meletak pemilihan tempoh adalah memilih antara anjing & babi (lihat dari sudut kemudharatan) atas saranan Tuan Guru yg juga tidak bertapak atas dasar politik. Bertaubat lah (kembali) kepada yg haq, takut apabila semboyan berbunyi kita semasa satu qiblat akan berbunuhan dan menanti keputusan siapakah dijalan yg BENAR. Wallahualam.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3