bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

27 Oct 2013

GST Memang Akan Menyusahkan Rakyaat???



1. GST merupakan 'cukai kepenggunaan' (consumption tax). Jestru sesiapa yang kaya dan lebih banyak berbelanja akan dikenakan lebih banyak cukai GST.

2.   160 buah negara di dunia telah melaksanakannya. Negara2 maju, yang lebih mundur juga telah melaksanakannya termasuklah negara2 anggota Asean.

3. GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas. 

4.  Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST. 

5. Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan, cth. perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih

6. GST merupakan hasil kepada Kerajaan yg lebih langsung berbanding dgn cukai pendapatan, samada pada individu atau korporat yg hanya boleh dikutip setahun sekali apabila pengisytiharan dibuat kepada LHDN.

7. GST adalah senjata mengurangkan defisit tahunan bagi negara yg ekonominya sedang berkembang dan memerlukan lebih imbuhan sektor awam untuk memacu pertumbuhan dan imbangan bagi program pembangunan sosio-ekonomi.

8. GST sesuai bagi menampung perbelanjaan mengurus berjumlah RM211b dan pembangunan bernilai RM46b, yg sebelum ini bergantung kepada cukai langsung (cukai pendapatan dari LHDN) sebanyak RM125b dan cukai tidak langsung (cukai import/eksais/levi/jualan/perkhidmatan) sebanyak RM33b setahun (angka 2012)
iaitu hasil yg dikutip Kastam DiRaja bagi 2012.

9.  Hasil daripada GST akan dapat membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil pendapatan Petronas. dan pendapatan dari kos-melepas dari pelepasan cukai pendapatan dari program program projek perintis seperti pelaburan dalam kawasan ekonomi baru seperti RAPID, ECER dan SCORE.

10.   GST yang dikenakan hanyalah 6 peratus berbanding 10% dan 5% cukai kerajaan dan sales tax yang dikenakan sekarang. Apapun ianya akan dikenakan dengan lebih menyeluruh termasuk kedai2 makan yang mempunya.

Jestru hasutan yang dilakukan oleh pembangkang selama ini terbukti lebih berbau politik dan bukannya benar2 mahu membela rakyaat Malaysia.

Juga boleh dirujuk blog sini.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3