bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Oct 2013

Bukti Pas Putrajaya Tolak Komunis dan Tolak Chin Peng!!! Allah hu akbar!!!

AIDCNews – 08/10/13 – Bekas Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria dalam kenyataannya kepada Malaysian Insider nampak seperti mahu mengaitkan rampasan kuasa (‘Coup D’état’) jawatan YDP Pas dengan lawatannya ke Bangkok bagi menghormati kematian bekas Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Ping.

Menurutnya, mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya diadakan pada 22 September lalu, ketika ketiadaannya melawat mendiang Chin Peng di Bangkok.

Dalam mesyuarat itu, jawatannya sebagai YDP Pas Putrajaya telah diganti dengan Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. 

“Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana.

“Sementara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh UMNO,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nazir turut mengaku beliau telah “direhatkan” daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan pada 3 April lalu.

Katanya pada 12 September, beliau sekali lagi menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan tentang ‘Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya’.

Dakwanya pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Dari kiri Ridzuan Abu Bakar, Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah; Nazir Zakaria, YDP Pas Putrajaya; Syed Araniri (DAP), dan Fadzil Baharum, calon Pas DUN Sungai Tiang

Dalam satu laman sosial, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan Nazir bersama 3 pimpinan Pas lain bersama Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad melawat mendiang Chin Peng di tokong Wat That Thong, Bangkok. Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

 Sewajarnya begitulah...

Alhamdulillah....Semakin ramai pemimpin2 dan ahli2 Pas telah sedar siapa musuh sebenar negara....

Adakah ini merupakan satu titik pertemuan ke arah kerajaan perpaduan???

Insyallah!!!

1 comment:

  1. Inilah contoh seorang Melayu yang beragama Islam menyanjung perjuangan kominis LakhnatuLLah itu....Bertapa tergurisnya hati ummat Islam dikalangan pasukan keselamatan dan orang awam yang telah terkorban dan diseksa oleh pengkhianat negara seperti Chin Peng ini. Melayu dari didikan PAS ini telah jauh tersesat dari ajaran Islam sebenar dan dia sanggup menjadi alat serta pengkhianat negara.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3