Presiden Pas kelirukan umat Islam: Mahmood Zuhdi
Wartawan Sinar Harian
19 Mac 2012
SHAH ALAM – Pakar akademik menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.
Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.
“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis.
“Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam. Selama saya mengenalinya, Hadi tegas dan kenapa tunduk pemimpin sokong musuh Islam,” katanya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.
Menurutnya, Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.
Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.
Komen Isac;
Yang jelas, sejarah telah membuktikan bahawa ketiga-tiga kaum Yahudi yang kononnya "baik" dan taat setia kepada "Piagam Madinah" ini juga akhirnya telah diperangi dan dihalau keluar daripada kota Madinah kerana telah mengkhianati perjanjian yang disepakati.
Alangkan perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. pun mereka khianati, siapa Hj Hadi yang mereka (Yahudi) ini akan taat??? Adakah beliau lebih hebat daripada baginda Rasulullah s.a.w. ???
Haji Hadi patuh suruh Anwar saman Datuk Nalla jangan putar nanti sesat tadak jalan keluar terpenrangkap
ReplyDelete