Komen Isac:
Pas bukannya agama!!! Walaupun Pas mendakwa memperjuangkan Islam tetapi banyak tindak-tanduk pemimpin2 mereka yang menunjukkan sebaliknya.
Menggalakkan penyebaran fitnah, caci-maki, tohmahan dan umpat-keji menjadi mainan ceramah2 mereka.
Menyeru kepada perpecahan, assobiyyah, kemunduruan dan malah pembinaan masjid hanya cukup dengan angka 2 buah sahaja kerana kononnya mengikut sunnah nabi Muhammad s.a.w.
Sebab itulah penulis pernah menyarankan agar dalam "baiah" taat setia kepada Pas, perlu dimasukkan syarat, "selagi mana Pas tidak tersasar daripada lunas-lunas Islam dan sebaliknya jika Pas menyalahi lunas-lunas agama Islam maka baiah akan terbatal dan mufaraqaah daripada Pas akan menjadi sesuatu yang wajib".
Apapun pada pendapat peribadi penulis sesuatu sumpah taat setia ataupun baiah akan terbatal sekiranya mematuhinya akan membawa kita menyalahi syarak. Pastinya Allah s.w.t. juga tidak akan redha. Yang lainnya mintalah keampunan dan perlindungan daripadaNya yang maha pengampun lagi maha mengasihani.
Paling baik jumpa lah mana-mana alim ulamak yang tidak bersandarkan kepada politik untuk mendapatkan pandangan mereka.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.