Ada logiknya!!!
Sekiranya kerajaan BN tidak mahu menggunakannya sebagai salah satu manefesto mereka dalam PRU 13 nanti, penulis percaya pihak Pakatan Rakyaat pasti meminatinya.
Di antara alasan2 penulis adalah seperti berikut;
1) Kakitangan awam yang sesetangah skala gaji mereka kini lebih tinggi berbanding kakitangan sektor swasta menikmati pengecualian cukai pendapatan untuk sesetengah elaun tetap mereka seperti elaun perumahan dan cola berbanding kesemua elaun kakitangan swasta dikenakan cukai. Adakah ini adil?
2) Pihak LHDN lebih tertumpu kepada golongan pekerja yang makan gaji sahaja, sebaliknya mereka yang bekerja sendiri "terlepas" begitu sahaja. Adakah ianya adil???
3) Ramai mereka yang bekerja sendiri dan golongan peniaga hanya mengemukakan cukai taksiran yang jauh lebih rendah berbanding perolehan mereka. Sebagai contoh, mereka yang berniaga kedai runcit dan golongan pekedai lain, klinik persendirian, peraih ikan, sayur2an malahan penjual di pasar2 malam dan penjual nasi lemak samada gagal mengemukakan taksiran cukai pendapatan mereka ataupun mengemukakan nilai pendapatan yang jauh lebih rendah.
Sebagai contoh, penulis pernah bertanyakan kepada sesetengah peraih sayur2an dan mereka mengaku boleh memperolehi jumlah keuntungan sehingga RM 50 ribu sepanjang bulan Ramadhan dan purata pendapatan bulanan biasa pula adalah sekitar RM 20-25 ribu. Ramai daripada mereka ini yang langsung tidak membayar cukai. Adakah pihak LHDN "mengejar" mereka??? Adakah ini adil buat golongan pekerja???
Bagaimana pula dengan golongan peniaga runcit yang kebanyakkannya dimonopoli oleh golongan Tionghua??? Adakah jumlah taksiran yang mereka kemukakan diselidiki oleh pihak LHDN???
Bagaimana pula dengan klinik2 swasta yang cuma mengemukakan taksiran pendapatan di antara RM 100-200 ribu setahun??? Adakah ianya diselidiki oleh pihak LHDN??? Bagaimana pula dengan pemilik2 restoran???
3) Golongan peneroka2 Felda dan Felcra yang dahulunya dikenali sebagai golongan "susah" kini telah memperolehi pendapatan sekitar RM 4-5 ribu ketika ladang2 mereka mengeluarkan hasil, adakah mereka ini membayar cukai pendapatan???
Jestru penulis berharap agar pihak kerajaan ataupun pihak Pakatan dapat mempertimbangkan cadangan penulis ini. Hapuskan sahaja cukai pendapatan untuk golongan pekerja dan individu dan sebaliknya tingkatkan penguatkuasaan oleh pihak LHDN untuk mempastikan golongan pengusaha dan peniaga supaya melaksanakan tanggung-jawab mereka.
Bayangkan telah berapa banyak wang yang sepatutnya dapat dikutip oleh negara sekiranya LHDN "mengejar" pengusaha2 dan pekedai2 ini berbanding mengejar golongan "pekerja"???
Selain golongan pekerja juga akan membayar cukai secara tidak langsung apabila mereka berbelanja, pihak majikan mereka juga tertakluk kepada cukai pendapatan. Jadi berapa kali kerajaan mahu mengenakan cukai??? Tidak kah ianya membebankan???
Bukankah lebih baik sekiranya segenap kakitangan dan sumber tenaga di LHDN dapat digunakan untuk mempastikan agar pihak majikan, pengusaha dan peniaga membayar cukai pendapatan mereka dengan sewajarnya??? Yang jelas jumlah mereka ini jauh lebih rendah berbanding jumlah golongan pekerja dan sewajarnya ianya lebih mudah untuk diperhatikan dan disiasat. Bahkan jumlah kutipan pula pastinya akan jauh lebih tinggi berbanding kutipan cukai terhadap golongan pekerja.
Sekiranya pihak kerajaan masih mahu mengenakan cukai pendapatan terhadap golongan pekerja, mungkin mereka yang berpendapatan RM 200 ribu setahun dan ke atas sahaja yang perlu dikenakan cukai sehingga 23%/setahun dan cukai terhadap pekerja2 lain bolehlah dihapuskan. Sekiranya ini boleh dilakukan, mungkin jumlah kakitangan LHDN juga boleh diminimakan begitu juga dengan ruangan pejabat, bil lampu dan penghawa dingin yang diperlukan. Tidakkah ini akan menjadikan tindakkan "menang-menang" ???
Banyak kes lari cukai berlaku di negeri selatan Tanah Melayu..pembesar impot kereta tak bayar cukai eksport pasir yang sebenarnya di larang tetapi dikata pasir silika..kenapa pihak Kastam tak larang??Stsyen minyak yg menjual berjuta2 liter kpd kereta Spore, yang dekat CIQ adakah membayar cukai juga??
ReplyDeleteSOKONG 100% Cukai Pendapatan Individu DIHAPUSKAN....LHDN kejar Tauke Restoran Mamak, Restoran SEAFood,Kopitiam dan banyak lagi tu....
ReplyDeleteMemang setuju...aku yang gaji tak sampai sepuluh ribu sebulan...habis RM25,000 untuk bayar cukai pendapan berapa yang tinggal untuk bayar rumah ,kereta ,yuran dan perbelanjaan anak anak seramai empat orang,dua sekolah menengah dan dua orang di IPT dengan isteri yang tidak bekerja..cukup cukup makan sajalah,anak pun naik motor buruk je pergi kuliah.Nak melancung pun tak berduit...RM 25,000 dah dikebas LHDN.MEMANG SEDIH.
ReplyDeleteWarga Shah Alam