bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

24 Jan 2016

Serpihan Pesawat MH370 Dijumpai di Selatan Thailand???





BANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan yang dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370. Pegawai polis daerah itu, Sub Leftenan It Paijit Pangkaew, berkata serpihan yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat itu akan dibawa ke balai polis daerah berkenaan bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara itu memeriksanya.

"Kami menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan itu," katanya yang dihubungi, hari ini. Serpihan itu, katanya, ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis. Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang. 

Penemuan serpihan itu mendorong media negara berkenaan membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lalu. Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal. It Paijit berkata, walaupun serpihan ditemui itu menyerupai bahagian pesawat, beliau tidak dapat dapat memberi kepastian. "Ia memang kelihatan seperti daripada pesawat, tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dulu. "Proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam," katanya. - BERNAMA

Sumber klik sini.



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3