bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Peluang B2B bisnez - Kami mempelawa usahawan yang memiliki rangkaian pengedar untuk menjual produk keluaran sendiri: *Nama produk:* Minyak Morhabshi (dikenali juga sebagai mi...

1 Jan 2016

2016 Harga Minyak Turun Lagi - Indikasi Ekonomi Yang Semakin Mencabar???


Dengan harga petrol dan diesel yang semakin rendah, walaupun mungkin harga barangan tidak meningkat disebabkan kos pengangkutan kekal, tetapi pendapatan negara juga akan terus merundun.

Ini pasti akan meruncingkan lagi pendapatan dan kewangan negara terutamanya apabila nilai Ringgit juga masih rendah dan tidak stabil.

Pasti akan banyak syarikat yang terkesan dan akhirnya ramai yang akan kehilangan punca pendapatan.

Di dalam suasana getir dan kepayahan, negara memerlukan rakyaatnya supaya bersatu. Sudah2 lah berpolitik jatuh-menjatuh.

Bak kata pepatah, 'Kuat air kerana pembentung, kuat manusia kerana muafakat'.

Semoga kita berjaya melepasi badai yang bakal melanda dengan baik.

9 comments:

  1. Rakyat mana yang tak sayangkan kerajaan yang dipilih. Tetapi masalahnya sekarang pemimpin kerajaan yang ada tidak boleh dipercayai dan tidak cekap, dan yang lebih teruk lagi terlibat skandal Rm2.6B. Jadi fikir-fikirkan lah

    wan:-

    ReplyDelete
  2. walaupun harga minyak semakin jatuh tetapi tidaklah sampai ianya akan menjadi percuma. maknanya masih ada pendapatan walaupun semakin mengecut. oleh itu, pendapatan yang sedikit perlu disesuaikan dengan perbelanjaan yang berhemah. pemimpin kena tunjukkan kepada rakyat bagaimana untuk berbelanja secara berhemah. tak perlulah menyambut tahun baru dengan lawatan mahal keluar negara. duduklah dalam negara bersama rakyat. tidak perlu juga mengadakan jamuan besar dan mewah, padanlah dengan menyantap apa yang biasa disantap oleh golongan rakyat marhein. banyak lagi yang boleh dijadikan contoh terbaik bagaimana berhemah mengatur perbelanjaan. Allah memberi rezeki yang cukup. cuma kita yang tersilap mengatur perbelanjaan sehingga rezeki yang cukup dirasakan sempit.

    ReplyDelete
  3. Peniaga2 apa lagi? Turunkanlah harga barang!

    ReplyDelete
  4. Kenapa tiba2 harga minyak merudum drastik..?AIIB (Asia Infrastructure Investment Bank) akan dirasmikan hujung January 2015 di Shanghai mengantikan peranan IMF dan World Bank ....penggunaan matawang Dollar USD akan terjejas...matawang China reinmenbi sudah digunakan utk tukaran wang antarabangsa...kartel bankers Yahudi Rothchild menguasai bankers seluruh dunia menurunkan harga minyak suoaya China boleh membeli minyak dng harga murah sebagai stok pengimbalnya utk mengimbangi stok pengimbal USA.....penurunan harga minyak sudah dirancang oleh kartel yahudi Rothchild utk persediaan Perang Dunia ke 3(WW3) deg kepulauan spratly sebagai pencetus WW3...kita di Mesia dibuai dng isu kenaikan harga...isu bodoh domestik yg melalaikan...Kjaan Mesia harus rapatkan diri dng Pakatan BRICS (Brazil..Rusia..India..China..South Africa) yg menubuhkan AIIB...semua matawang anggota BRICS stabil dan ekonomi mereka naik 300%dan russia sudah melangsaikan hutang IMFnya walaupun Obama memuji Najib matawang dan ekonomi Malaysia merudum dan ekonomi tidak stabil...undur najib undur...

    ReplyDelete
  5. Apasal 95 turun 10 sen aje...yg lain 20- 30 sen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni jawapannya. apa persepsi terhadap tindakan kerajaan, pandai2 koranglah. pada 2014 hasil minyak negara memberi pulangan melebihi 86 bilion ringgit. bilamana harga minyak merudum teruk, hasil yang diperolehi oleh kerajaan daripada minyak turut menyusut teruk kepada 31 bilion. sekiranya harga bahan api dikurangkan selaras dengan harga minyak mentah, alamat muflislah kerajaan. apa lagi yang kerajaan nak cekau jika tiada nilai keuntungan yang boleh dikutip daripada jualan minyak? ini antara sebab kenapa ron95 hanya turun 10 sen sedangkan sebenarnya boleh turun sehingga 40 sen. sementara ron 97 tidaklah jauh berbeza dengan ron95, maka penurunan 20 sen sebenarnya tidak memberi impak besar kepada nilai cukai keuntungan jualan bahanapi ron 97. kos penghasilan ron 97 tidaklah terlalu tinggi perbezaan dengan ron 95 bagi setiap unit liter, maka harga rm2.25 sebenarnya memberi margin keuntungan yang berbaloi. jadi,....rasanya dah tahu apa sebabnyakan!!!

      Delete
  6. ...ytl kena pulang balik duit rakyat...ini mahathir punya pasal...najib takde kene mengena

    ReplyDelete
  7. Anon 11:55 jangan tunjuk bongok sgt

    ReplyDelete
  8. Anon 11:55 .... mengigau disiang hari. Kesihannya. Hospital Bahagia kan ada. Pi le.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3