bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Sept 2014

Apa Beza Barua Dengan Munafik???



Barua ni....kalau X salah penulis sama maksudnya dengan "budak suruhan" untuk kerja2 "kotor" ataupun pengkhianat. Dalam konteks sokongan terhadap Wan Azizah sebagai MB Selangor pastinya gelaran pengkhianat lebih sesuai kerana 2 orang Adun PAS dilihat telah membelakangi keputusan parti apabila menyokong Wan Azizah sedangkan parti menyokong TSKI.

Apapun pada pandangan penulis jika dosa kedua adun tersebut besar, besar lagi dosa Timb. Presiden Pas/Mat Sabu apabila beliau telah bersetuju secara bersama dengan jawatankuasa PR untuk mencalonkan hanya nama Wan Azizah kepada DYMM Sultan Selangor walaupun PAS telah mengusulkan 2 nama termasuk Azmin.

Ironinya mengapa ketika muktamar Pas di Batu Pahat berlangsung barulah Presidennya Hj Hadi mahu menjelaskan Pas menolak pencalonan tunggal Wan Azizah atas alasan ianya bercanggah dengan syariat Islam???

Jika benar itu alasanya mengapa tidak berterus terang? Mengapa perlu "madah berhelah" sedangkan ini berkaitan hukum agama.

Apa pula alasan Hj Hadi ketika mencadangkan nama dua calon iaitu Azmin dan Wan Azizah???

Jika benar Hj Hadi ikhlas mempertahankan syariat Islam, mengapa Pas turut mencadangkan nama Wan Azizah ke jawatankuasa PR untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor?

Sebagai parti yang mendakwa mengamalkan syariat Islam sepatutnya Pas X melepaskan tanggung-jawab untuk tidak melantik MB perempuan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

Bagaimana jika Kebawah Duli Tuanku mengambil keputusan melantik Wan Azizah sebagai MB walaupun lebih dari satu calon dipersembahkan oleh mereka?

Adakah Pas akan menyalahkan Tuanku Sultan???

Pada pandangan penulis Pas perlu lebih bertanggung-jawab. Tindakan lepas tangan dan tidak mahu mengambil tanggung-jawab walhal mereka mendakwa mereka parti Islam juga umpama menipu penyokong2 sendiri.

Jangan sampai di dalam ghairah melabel pemimpin2 PAS yang belot sebagai barua, PAS pula dilabel sebagai parti munafik.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Dua ekor ni tak ubah seperti lari dari medan perang ...

    ReplyDelete

  2. Dlm mesyuarat AJK PAS Pusat , Presiden tiada kuasa pemutus atau veto , tetapi lebih kepada keputusan majoriti . Jgn tak tahu dlm AJK PAS Pusat , 2/3 adalah parasit . Sbb itu keputusan mesyuarat nama DSWA turut di senaraikan kerana itu keputusan majoriti yg terdiri drpd parasit .

    Seperti juga pemecatan Dato' Hasan Ali , Presiden tiada kuasa , yg banyak kuasa adalah AJK PAS Pusat , jadi bila parasit jadi majoriti , maka keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat adalah keputusan parasit .

    ReplyDelete
  3. 2 hari lagi isu MB Selangor selesai.wait n see.

    ReplyDelete
  4. ISAC," barua" satu patah unggapan yang senang disebut.Boleh juga diterjemah dengan sebutan " pecacai".Kenapa boleh terjadi pada manusia disebabkan oleh nafsu wang ringgit(ada duit semua boleh jadi),cuba play back gambar "Tiga Abdul" kita hayati dengan sempurna maka akan dapat jawapaan dengan apa yang berlaku ".Melayu mudah lupa" maseh ingat lagi,kemungkinaan mereka ini tergolong dalam unggapan itu?.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3