bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Sep 2014

Harimau Muda D Mara ke Suku Akhir Kejohanan Bolasepak AFC B-16 Menewaskan Oman 2-1.

Harimau Muda D negara mencipta kejayaan mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-16 tahun selepas mencatat kemenangan 2-1 kepada Oman di Stadium Rajamangala, Bangkok, Malam tadi.
Terdahulu Harimau Muda telah mengalahkan skuad tuan rumah 1:0 pada perlawanan pertama dan tunduk kepada pasukan Korea Selatan 1:0 pada perlawanan kedua.
Pada perlawanan terakhir Kumpulan A itu, kemenangan menyaksikan skuad kendalian S Balachandran ini layak selaku naib juara Kumpulan A dengan mengumpul enam mata sekali gus mengecewakan tuan rumah, Thailand yang tunduk 2-0 kepada Korea Selatan dalam satu lagi perlawanan.
Begitupun, Harimau Muda D dijangka berdepan tugas sukar apabila dijadualkan bertemu juara kumpulan Australia di peringkat suku akhir.
Oman yang tewas dua perlawanan awal pada mulanya dilihat berjaya mengimbangi kekuatan skuad negara dan lebih banyak melakukan serangan-serangan bahaya untuk menamatkan babak pertama tanpa jaringan.
Dalam babak kedua skuad negara kembali banyak bertahan dan umpanan-umpanan jauh kepada penyerang utama Muhammad Najmuddin sering dapat dipatahkan.
Walau bagaimanapun hasil satu umpanan cantik yang memperdayakan pertahanan Oman penyerang negara, Muhammad Najmuddin Samat telah menyudahkannya dengan baik dan berjaya meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-63 namun disamakan pemain Oman, Mohammed Salam Humaid Hamed Al Ubaidani, lima minit kemudian.
Walaupun hanya sesekali mendapat bola ketajaman Muhammad Najmuddin sekali lagi terbukti apabila beliau meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-77 hasil umpanan Kogisleswaran Raj untuk mengesahkan kemaraan pasukan negara.  Beliau telah membuktikan mengapa walaupun bertubuh kecil beliau telah diberi kepercayaan oleh jurulatih Balachandran. Menuju ke minit akhir kedua-dua pasukan bertukar-tukar serangan menyaksikan Najmudin, Abang dan Kogi telah melapaskan beberapa peluang kemasan.
Apapun syabas kepada Harimau Muda D. Semoga dapat melepasa pasukan Australia di suku akhir dan seterusnya menjuari kejohanan ini.

Sumber klik sini.

1 comment:

  1. Tahniah dan syabas kita ucapkan kpd jurulatih Bala serta skuad U16.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3