bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Sept 2014

Gempar!!! Jawatankuasa PAS Pusat Nafikan Kuasa Presiden dan Majlis Syura???

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menegaskan untuk tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor, sekaligus menolak tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor mencalonkan tiga Adun PAS  kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan itu.

“Keputusan mesyuarat hari ini memutuskan PAS tetap dengan keputusan sebelum ini tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor,” kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar selepas mesyuarat AJK PAS Pusat.

“(Keputusan) yang hari ini (adalah) yang terakhir,” kata Mustafa.

Hadi mempengerusikan mesyuarat lima jam itu namun tidak hadir pada sidang media berkenaan.

Bagaimanapun Mustafa mendakwa keputusan itu turut didokong oleh Hadi.

“Presiden hadir  bersama dengan kita hari ini.. ertinya dia bersama dengan kita,” kata beliau.

Mustafa enggan mengupas tindakan Hadi menghantar beberapa nama calon MB daripada parti itu untuk pertimbangan Istana Selangor.

“Nama (yang dihantar Hadi) tak apa, kita beri  nama tidak bermakna Tuanku (Sultan) tidak memahami perkara (ini). Bagi kita peringkat parti sebagaimana kita sebut jawatan Menteri Besar, PAS tak tuntut,” tegasnya.

Beliau berkata Jawatankuasa PAS Pusat mengambil ketetapan untuk menyerah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat keputusan.

Kelmarin Hadi terang-terangan menyifatkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkaliber untuk menjadi MB Selangor “dan bukan kerana beliau wanita.”

PKR dan DAP mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka kepada Sultan Sharafuddin untuk mengisi jawatan MB sungguhpun baginda menitahkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon.

Setakat ini Hadi tidak menafikan laporan bahawa beliau mengemukakan nama tiga ADUN PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk pertimbangan Sultan bagi jawatan itu.

Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan Hadi bertindak bersendirian dalam mengemukakan senarai calon itu sungguhpun AJK PAS Pusat menetapkan Wan Azizah dan timbalan presiden PKR Azmin Ali akan dicalonkan.

PAS dan PKR bertelagah sejak sebulan lalu setelah PKR memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu di atas tuduhan terbabit dalam beberapa urusan mencurigakan.

Hadi dan golongan ulama PAS menolak Wan Azizah yang ditampilkan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid dan polimik itu berlarutan sehingga memecah- belahkan Pakatan Rakyat.


Komen Isac:

Nampaknya PAS tidak lagi dikawal oleh Majlis Syura sebagaimana yang mereka banggakan sebelum ini.

Tradisi sejak zaman penubuhannya dengan mencontohi amalan Khalifah2 Khyurasyidin yang mempunyai Majlis Syura yang bertanggung-jawab untuk mempastikan hala-tuju pemerintahan dan undang2nya  mengikut syariat Islam.

Jika begitu apa bezanya PAS kini dengan UMNO??? 

Walaupun mereka kata mereka X tuntut jawatan MB Selangor buat Adun Pas,mereka tak sebut akan menolak perlantikan jawatan MB sekiranya calon daripada PAS yang dilantik oleh Tuanku Sultan Selangor.

Berbelit-belit....Apapun pada pandangan penulis kenyataan ini hanyalah untuk mengabui mata rakan2 dan penyokong2 daripada parti PKR dan DAP. 

Tak lebih daripada komen politik untuk menyelamatkan diri mereka andainya Adun PAS yang dilantik.

3 comments:

  1. Kalu dengar penceramah cakap, macam pas dah bersedia utk melaksanakan perlembagaan Islam. Tapi bila tengok dah ada kuasa, tah ke mana islamnya. Semuanya losing belaka. Tapi ahli tetap sokong pasal dah nak sorga bila undi masa pru.

    ReplyDelete
  2. KENE FAHAM.....
    MMG TIDAK TUNTUT...
    TAPI....
    KALAU SULTAN DAH TITAHKAN....
    KENE LA DAULAT TUANKU......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3