Dengan adanya Pusat Latihan Guru seperti di Bandar Tenggara, ianya nampak seperti mahu mempertingkatkan martabat guru. Mempunyai pusat latihan sendiri sebagaimana mana-mana jabatan2 kerajaan yang lain mahupun syarikat2 koorperat besar.
Apapun ianya "hanya indah khabar dari rupa" apabila para guru dipanggil berkursus di sana, makananpun dikenakan bayaran. RM10, memang tak mahal tapi kena bayar jugak. Tiada cadar, selimut dan tuala mandi??? Umpama "Tune Hotel" setiap peralatan dikenakan bayaran??? Perlu di bayar menggunakan duit sendiri??? Mengapa tidak diberitahu di dalam surat panggilan berkursus??? Mungkin para guru yang terlibat boleh membawanya sendiri dari rumah.
Walaupun ianya bukanlah salah kerajaan, mungkin juga bukan salah Pusat Latihan Guru tersebut dan bermungkinan besar salah pihak penganjur/jabatan-jabatan yang menganjurkan kursus-kursus berkaitan kerana tidak peka akan cara pusat latihan tersebut diuruskan, rasa ketidak-puashatian mungkin akan membuatkan kerajaan yang akan menanggung akibatnya!!!
Sudahlah selama ini para guru-guru siswazah tidak memiliki kerusi empuk, bilik berhawa dingin, tiada peluang kenaikan pangkat walaupun mempunyai ijazah master mahupun Phd, terpaksa keluar duit sendiri untuk membeli printer dan catridge untuk kegunaan mengajar dan banyak lagi pengorbanan-pengorbanan yang telah mereka lakukan. Pastinya layanan seperti yang diterima di Pusat Latihan Guru di Bandar Tenggara berbanding pegawai-pegawai kerajaan lain yang berpeluang tinggal di hotel-hotel 3-5 bintang ketika menghadiri kursus-kursus amat mengguris perasaan mereka.
Kali terakhir website pusat latihan ini dikemas-kini adalah pada tahun 2010, agak lama juga tu. Jestru penulis membuat andaian ianya telah setahun beroperasi. Sewajarnya jabatan-jabatan pendidikkan yang mahu menganjurkan kursus di sana telah maklum bagaimana cara ianya ditadbir dan bayaran-bayaran yang dbakal ikenakan. Sekiranya mahukan ianya di "claim" semula oleh peserta, sepatutnya ianya dimaklumkan di dalam surat panggilan berkursus yang diberikan, supaya para perserta tidak tertanya-tanya. Mungkin pegawai-pegawai di pejabat pendidikkan perlu dihantar untuk mengikuti kursus bagaimana hendak berkemunikasi dengan baik bagi mengelakkan sebarang salah faham.
Saranan penulis sesuatu perlu dilakukan segera oleh pihak kerajaan, jangan biarkan perkara seumpama ini mencacatkan pandangan rakyaat kepada banyak kebaikkan-kebaikkan lain yang pihak kerajaan telah berikan.
Lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada Skim Saraan Baru yang telah dibatalkan baru-baru ini? Jangan biarkan kesilapan individu-individu tertentu samada disengajakan ataupun tidak mencacatkan imej kerajaan!!! Mereka yang bertanggung-jawab perlu dikenakan tindakan!!! Jangan sampai Pakatan Rakyaat menangguk di air yang keruh!!!
Mungkin Pusat Latihan tu baru dibuka n tlg jgn kecoh2lah. Berdedai guru2 berkursus di hotel brbintang dan kurang bintang. Pernah trpandang guru brkursus d hotel tngah2 KL, n sabjek kursus pasai sukan i.e bola ke apa. Kejadah kursus bola tngah2 KL apa cer?? Mungkin guru kat sekolah di antau kursus di pusat latihan manakala guru kat opis dihantar ke tempat mewah2.Tak mustahil pasai nengok apa jadi pada SBPA, diam2 nak untung sendiri.
ReplyDeleteManjanya cikgu2 skrg..
ReplyDeleteSalam bro,
ReplyDeleteMaaflah tapi apa yg bro bgtau tak update tu rasanya tak berapa tepat.. sila rujuk semula web ini http://plgdpbt.ipti.edu.my/
Kerajaan 'zalim' Malaysia sepatutnya menyediakan kenderaan limo siap dgn driver yang jambu bagi menjemput guru2 yang menyertai latihan ini. Sampai di pintu gate disambut pula dgn kompang serta penari2 tiang dan karpet merah terus menuju ke bilik2 ceramah. Bilik2 ceramah pula mestilah siap dgn tukang2 urut ala-ala SPA gitu bagi setiap guru yang lenguh2 urat kerana agak lama duduk di atas sofa kuliah.
ReplyDeleteTak cukup cuti 2 bulan dalam setahun, sepatutnya kerajaan menambah cuti guru2 kepada 6 bulan dalam setahun.
Gaji yang sedia ada amatlah rendah berbanding dgn usaha2 guru yang jerih & bertungkus lumus sehingga separuh nyawa bermula 7:30 pagi hingga 2 Ptg berbanding dgn penjawat awam lain. Sepatutnya kerajaan 'tidak Islamik' Malaysia menaikkan gaji guru kepada 200% dari yang sedia ada atau setidak2nya memberi secara percuma sebijik Toyota 'Biols' bagi mengenangkan jasa guru2 di Malaysia ini.
Dengan ini mertabat2 guru di Malaysia akan dipertingkatkan.
Diam!!!!!
DeleteTak jadi guru, tak pernah merasa beban keje guru...baik diam! Jgn nak sebut2 pasal gaji, cuti n masa keje. Kalo setakat aduan diorang pasal kena bayar masa kursus tu aku tak heran. Masih mampu. X mintak pun mcm apa yg kau dok perli2 kan tu.G jadi cikgu lah! Baru tau. Semuanya itu rezeki masing2. Tiap kerja ada klbhn n kekurangan.yg penting buat dengan jujur dan ikhlas. Tau amanah yg dipikul n yg perlu dilaksanakan. Alhamdulillah ya Allah di atas rezeki yg kau kurniakan kepadaku ini. Semoga aku menjadi guru yg cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Dulu komen bising tak mo bayar cukai...gaji dah besar...tapi tak mo bayar cukai....orang yang kerja swasta lama dah bayar cukai tak bising pun...memang guru-guru kat Malaysia ni banyak lemak ye.....
ReplyDeleteMasalanya bukan sebab "manja".
ReplyDeletePihak penganjur sewajarnya lebih bersedia dan memberikan maklumat yang diperlukan dengan sewajarnya.
Salam Apr 9, 2012 07:55 PM,
ReplyDeleteSalam tuan, dalam pemerhatian kawan walaupun masa rasmi 7:20 -2:00ptg, selalunya guru2 balik sekitar 4-5ptg. Itu tidak termasuk jika ada kegiatan kokurikulum dan tusyen yang diberikan secara percuma. Malahan membawa kumpulan pelajar pada jumlah yang kecil (muat 1-2 kereta) pun menjadi tanggung-jawab guru sekiranya sekolah berkenaan tiada memiliki bas/van. Ironinya segala resiko akan ditanggung oleh guru tersebut.
Teguran penulis mungkin agak pedas, tetapi itulah yang berlaku dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam organisasi perguruan.
ReplyDeletePegawai2 kerajaan perlu lebih professional.
Lihat sahaja seperti isu Skim Persaraan Baru yang terpaksa dibatalkan baru2 ini. Bagaimana untuk jawatan Jusa dan Turus, kenaikkan gaji sehingga 100% ???
Kalau gaji RM 30 ribu x 2 jadi RM 60 ribu. Kalau RM 40ribu jadi RM 80 ribu. Tetapi peringkat bawahan pelarasan hanya beberapa persen sahaja...
Adakah ianya sengaja mengambil kesempatan??? Adakah mereka ini "pro pembangkang"???
Sewajarnya KSU dan Menteri terbabit wajar bertanggung-jawab!!!