Kumpulan anti Lynas yang berkumpul di KLCC sejak tadi pula sudah bergerak menuju ke situ.
Sekalipun tindakan berarak ini menyalahi peraturan perhimpunan aman namun mereka tidak mempedulikannya.
Belum ada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini.
Juga setakat berita ini ditulis belum kelihatan sebarang anggota FRU yang berkawal seperti kebiasaannya.
Anggota polis biasa dan polis trafik sahaja yang kelihatan berkawal.
Polis telah mengenakan kawalan ketat di sekitar Dataran Merdeka.
Kalangan peserta himpunan tampil dengan pelbagai gelagat.
Sehingga berita ini ditulis jam 10.30 pagi Sabtu penyokong pembangkang yang nak sertai himpunan Bersih sudah berkumpul di beberapa lokasi sekitar pusat bandaraya.Antara paling ramai setakat ini ialah di Jalan Tun Perak - Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka, depan Jalan Petaling, KLCC dan Masjid Negara.
Dalam taktik yang dipercayai untuk 'kasi panas' dan 'tunjuk power' kalangan peserta khususnya yang datang dari luar Kuala Lumpur sudah ' buat show' di simpang Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak mengadap Dataran Merdeka malam tadi. Kemuncaknya sekitar 2,000 berkumpul sekitar kawasan itu.Ia berlarutan hingga jam 2 pagi.
Ada diantara mereka sudah tunjuk sikap kurang ajar dengan mencerca anggota polis yang berkawal di situ.
Ada diantara mereka sudah tunjuk sikap kurang ajar dengan mencerca anggota polis yang berkawal di situ.
Rasminya himpunan Bersih 3.0 sepatutnya bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.