bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Apr 2012

Apa Faedah PLKN Kepada Negara Selepas 8 Tahun Diadakan???

Apa pentingnya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia??? Belanja yang dikeluarkan hampir mencecah RM 1 billion setahun. Saban hari jika berlaku kemalangan terutamanya yang mengakibatkan kematian terhadap persertanya ianya pasti akan menjadi suatu beban kepada negara. Walaupun mungkin dilindungi insuran nyawa, pihak kerajaan pasti akan menghadapi kesulitan jika berhadapan dengan situasi sebegini apa lagi jika ianya disebabkan oleh kecuaian pihak pentadbir.

Jika di negara-negara lain yang rakyaatnya wajib menjalani skim kerahan tenaga sehingga 2 tahun seperti di Korea dan Singapura, mereka ini akan samada  dilatih untuk menjadi tentera ataupun mana-mana cabang perkhidmatan strategik negara yang boleh dikerah terutamanya apabila berlaku bencana maupun peperangan.

Di Malaysia,  ianya hanyalah seperti sebuah program "suka-suka". Umpama "Summer Camp" secara percuma. Ianya seperti tiada motif utama.


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu berjaya memberi kesedaran awam kepada pelatih untuk menjadi warganegara yang baik melalui imej dan perlakuan positif dan tidak mudah terlibat dengan kes jenayah.

"Walaupun kementerian ini tidak mempunyai statistik remaja yang pernah menyertai PLKN, tetapi masih terlibat dalam kes jenayah, namun kementerian yakin remaja yang menjalani PLKN mampu menjadi remaja yang mempunyai jati diri kukuh,” katanya menjawab soalan Amran Abdul Ghani (PKR-Tanah Merah).



Dr Abdul Latiff berkata, peserta yang menyertai program PLKN didapati berjaya mengawal diri daripada terjebak dengan kes jenayah berdasarkan peningkatan pendaftaran pelatih dalam Pasukan Sukarela dari tahun ke tahun.

"Kajian-kajian yang dilaksanakan antaranya kajian keberkesanan PLKN bersama kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia di mana hasil kajian menunjukkan maklum balas yang positif melebihi 80 peratus terhadap semua komponen yang dinilai iaitu semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan, berperwatakan positif dan pembentukan remaja yang cergas,” katanya. Sumber klik sini.

Pada pandangan penulis, sekiranya PLKN hanya bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan, berperwatakan positif dan pembentukan remaja yang cergas, ianya hanya akan membuktikan bahawa sistem pendidikan kita selama ini sebenarnya telah gagal untuk memupuk dan membimbing para remaja kita untuk memiliki ciri-ciri tersebut. Samada mahu kita akui ataupun tidak, pastinya sekolah "vernacular" yang diamalkan di negara ini adalah di antara penyumbangnya.

Adalah wajar sekiranya program PLKN ini jika mahu diteruskan, visi dan tanggung-jawab yang lebih besar perlu disasarkan agar ianya lebih bermakna apa lagi apabila kos yang besar diperlukan.

Sistem pendidikan kita juga perlu dirombak agar membolehkan ciri-ciri positif yang disasarkan untuk pelatih PLKN dapat dimiliki oleh para lepasan sekolah. Telah tiba masanya sekolah-sekolah diberikan lebih banyak peruntukkan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Janganlah seperti sekarang, apabila guru-guru dibekalkan dengan laptop dan "overhead projector" tetapi tiada peruntukkan diberikan untuk penyelengaraan peralatan-peralatan disebutkan tadi dan juga tiada "printer" ataupun "catridge" untuk mencetak bahan untuk kegunaan para pelajar.

Dalam kata lain janganlah peruntukkan untuk sekolah-sekolah hanya umpama melepaskan batuk ditangga.

1 comment:

  1. http://aatif96.blogspot.com/2012/07/plkn-info-that-evryone-should-know.html

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3