bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

2 Nov 2011

Timbul Persoalan Najib ke Mekah, Menunaikan Haji Atau Lawatan Resmi???



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan Timbalan Gabenor Kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad, Madinah, awal pagi semalam. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah. - Foto BERNAMA. Nov 2, 2011 7:02 am

Ada yang mempertikaikan mengapa DS Najib pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji dengan menggunakan kapalterbang milik/sewa khas kerajaan Malaysia.

Apa status pemergian beliau? Bercuti? Peribadi? Ataupun lawatan resmi?

Memang agak sukar nak menjawabnya...

Sebagai seorang PM, walaupun ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji, sebagai ketua negara beliau perlu melakukan kunjungan hormat kepada pemimpin-pemimpin Arab Saudi sebagai kunjungan diplomatik. Takkan datang tempat orang tak nak jumpa pulak, nyorok-nyorok? Sebagai pemimpin utama negara hampir semua yang dilakukan samada urusan resmi atau tidak resmi adalah untuk kepentingan negara.

Lagipun waktu bekerja resmi sehari hanya 8 jam, tapi kalau dilihatkan kepada cara PM bekerja, keluar pukul 7 pagi pukul 3-4 pagi baru boleh tido... 7 hari seminggu dan 30/31 hari sebulan... Kalau nak berkira beliau wajar diberi ganti cuti berkerja? 

Jestru pada pandangan peribadi penulis, kalau tak ambil cutipun apa masalahnya? Pemergiaan beliau ke tanah suci pun cuma 10 hari, termasuk dengan kunjungan hormat. Bayangkan jika PM menggunakan penerbangan Muasasah, terpaksa bercuti 40-50 hari meninggalkan negara, bukan kah kita yang susah nantinya??? Negara tanpa ketua negara. Tetapi yang semolek-moleknya beliau mengambil cuti sepanjang berada di Mekah/Madinah kerana itu lebih baik. Biar kita memberi lebih dan jangan sesekali mengambil hak orang lain. 

Sebagai ketua kerajaan, sebenarnya memang ada peruntukkan bercuti ke luar negara yang ditaja oleh kerajaan.

Bahkan untuk menunaikan fardhu hajipun ada peruntukkan yang dibenarkan. Setiap kerajaan negeri juga ada peruntukkan untuk pemimpin-pemimpin peringkat negeri. Biasanya penerbangan yang digunakan juga adalah penerbangan sewa khas. Khas untuk pemimpin-pemimpin kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Tahun lepas Nik Aziz pergi menunaikan haji pun menggunakan peruntukkan kerajaan negeri. Ambil cuti atau tidak, itu penulis tak lah pasti.


11 comments:

  1. Semua org yg mempertikaikan perkara diatas adalah org bodoh.. PM adalah ketua negara sama ada dia cuti ke tak cuti,segala perbelanjaan adalah ditanggung kerajaan (itulah keistimewaan seorang PM dan TPM),kecuali kos enjoy la. maksud dia segala segi keselamatan kerajaan terpaksa tanggung.itu la kita lihat seorang PM susah betul nak cuti.. cuba check rekod tun Mahathir sepanjang 22 tahun dia jadi PM berapa hari dia cuti??

    Jadi kepada semua org yg mempertikaikan semua perkara diatas jauhkan lah diri anda daripada sifat HASAD dan DENGKI.. Korang ingat TOk Guru Nik Aziz pergi Mekah segala SB semua tak pergi ke? Keselamatan dia pun kerajaan jaga la...Lim Guan Eng pergi obersea pun kerajaan jaga keselamatan dia

    ReplyDelete
  2. pendapat aku, jemputan datang ke sana atas kapasiti sebagai ketua negara memang Arab saudi ada buat setiap kali musim haji...

    kalau dah ke sana, acara sampingan seperti ni perlulah ada...dah orang jemput cara baik, kunjungan hormat pun cara baiklah...

    juak pakatan memang akan spin macam-macam benda ni...kalau PM nak buat haji, depa ada laluan VIP untuk ketua negara buat haji...mengikut masa yang dirancangkan oleh tuan rumah...

    biarlah juak pakatan nak kata ape...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Itu keistimewaan yang kerajaan Saudi bagi kat Najib sebagai ketua Kerajaan Malaysia. Next time klau Anwar jadi PM (klau dia dapat jd PM laa, nauzubillah mintak dijauhkan) dia pun akan dapat layanan macam tu klau dia naik Haji (klau betul dia nak gi Haji laa, Ya Allah ko mudahkan urusannya).

    ReplyDelete
  4. durang pakatan tu saja jeles lah bro...
    tak usah di layan....

    ReplyDelete
  5. sebagai PM , Najib ada keistimewaanya apabila berada dinegara orang , dia dijemput oleh pembesasr ..dia dilayan , diberikan yg terbaik oleh tuan rumah , salah ke ?

    sebenarnya pembangkang ini terkeliru dan cemburu , mereka merasakan patut dilayan dan dapat sebagaimana seorang PM dapat , pembangkang sakit hati , dengki dan cemburu buta !

    sebagai seorang penyokong kerajaan, hanya satu saya minta , terutama kepda Rosmah ! dah naik haji tu berubahlah ..pakailah tudung !umur pun dah tua , dah jadi pangkat nenek pun , tak perlulah lagi bergaya sakan , awak tu bukan muda lagi , berubahlah ..pakailah tudung , bukan mahal sanggat pun !

    ReplyDelete
  6. Ala bagi la najib(PM) pegi.sepatutnya kita rakyat ni berdoa semuga dia selamat n dpt hj.mabrur.Dok ungkit2 buat ape la.dia dah banyak masa kerja untuk negara.pegi hj.patutnya kita rakyat semua byr kpd dia.PM kita n rekod kerja sehingga ari ni pun baik n adalah dibuat untuk kesejahteraan kita rakyat semua.Hidup Najib.Bhlol la orang yg pertikaikan.Wasalam.

    ReplyDelete
  7. Bab amal ibadat harap xyah la juak pakatan nak politik kan..

    ReplyDelete
  8. Memang Najib *deserve* all the previllages yang telah di tetapkan. Aku dan (other muslim staffs)yang bekerja dengan syarikat MNC kalau nak menunaikan haji pun ada keistimewaan. Aku doakan Najib dan isteri serta jemaah2 lain tak kira dari mana mereka agar segala ibadah mereka di terima oleh Allah.....aaamiiiin.

    ReplyDelete
  9. hairan...kenapa begitu ramai security guard yg mengawal beliau ketika mengerjakan haji...apa keistimewaan beliau sehingga mendapat layanan sebegitu rupa ketika beribadat di mekah??? x kira la siapa kita di dunia...hakikatnya semua sama di mata tuhan...

    ReplyDelete
  10. Haji mabrur mmg di layan macam tu..walau pun bini dia tak mampu laksanakan perkara basic sbg seorang pempuan islam...i.e tutup aurat!

    ReplyDelete
  11. kesian Pm kena terok satu hari sampai 13 jam. Apa salah ambil cuti rehat sambil mengerjakan haji/umrah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3