Ukhwah semasa Islam. Perpaduan yang dikuatkan dengan semangat saling bantu-membantu dan berkerja-sama di dalam menjalankan tuntutan agama. Semua umat Islam adalah bersaudara!!!
Selain mengambil sempena peristiwa di mana Nabi Ibrahim a.s. redha untuk mengorbankan puteranya Nabi Ismail a.s. sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t., ibadat qurban kepada umat hari ini, bagi sesiapa yang mempunyai harta dan rezeki yang lebih bolehlah mengeluarkan binatang ternakan untuk dikorbankan sementara yang lain-lain boleh sama-sama membantu untuk menguruskan urusan tersebut. Daging dan tulangnya diagih-agihkan pula di kalangan umat Islam dan terutamanya untuk golongan fakir dan miskin.
Alangkah bagus jika semangat "Hari Raya Qurban" ini dapat terus diterap dan dipraktikan dalam kehidupan kita seharian...Umat Islam mesti bersatu!!!
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.