SKUADRON Istiadat Berkuda daripada Kor Armor Diraja berarak dari pekarangan Istana Negara baru apabila selesai istiadat menaikkan bendera di Istana Negara lama, hari ini. Antara pelancong yang berada di situ tidak melepaskan peluang mengambil gambar di pintu hadapan Istana Negara yang baru. - Foto Sairien Nafis (Berita Harian) Nov 15, 2011 5:31 pm
Foto atas Istana Negara yang lama cerita asal usul istana ini sila klik sini.
Istana Negara Yang Baru bakal menjadi mercutanda baru negara. Kalau difikirkan secara logik perpindahan ini dikira sebagai sesuatu yang membazir, apa lagi menurut kebiasaan sesebuah Istana raja akan menjadi lebih nostalgik apabila semakin "tua" umurnya. Walau bagaimanapuni jika dilihatkan kepada sejarah istana yang asalnya didirikan lelaki kaya Cina kaum pendatang, pernah menjadi rumah gabenor Jepun semasa pendudukan mereka dan menjadi mess pegawai-pegawai tinggi British semasa dibawah jajahan British sudah pasti Istana ini kurang sesuai untuk dijadikan istana pemimpin tertinggi negara.
Jika dahulu mungkin boleh diterima kerana negara baru sahaja mencapai kemerdekaan jestru kerana kekangan masa dan kewangan pata waktu itu pemilihannya menjadi suatu kewajaran. Tetapi setelah lebih 50 tahun kita merdeka pastinya pembinaan sebuah istana khas untuk ke bawah DYMM SPBYD Agong adalah sesuatu yang tepat.
Tanah tapak Istana Negara yang lama berkeluasan 11.34 hektar atau 1,220,627 jika dijual pada harga RM 1,000.00 sekaki persegi akan bernilai sekitar RM 1.22 billion pastinya merupakan asset kepada negara. Semoga bangunan Istana Negara yang lama dapat dikekalkan kerana nilai sejarahnya sementara tanah di sekitarnya pula dapat dimajukan dengan baik untuk memakmurkan ekonomi negara.
Pembangunan dan kehidupan perlu diteruskan. Mungkin persolan yang bakal dikemukakan oleh Pakatan Rakyaat, sekiranya tanah tersebut dimajukan ada pula "kroni" yang bakal menangguk di air yang keruh. Jestru kerajaan perlulah mengambil setiap langkah agar proses pembangunannya nanti transparen, bersih dan tidak merugikan rakyaat dan negara.
Kalau dilihatkan kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, telah banyak harta milik kerajaan negeri dan GLC milik negeri yang "tergadai", benar atau salah tindakan mereka itu hanya masa yang akan menantukan. Semoga rakyaat Selangor dapat membuka mata. Senang menunding jari, tetapi nampaknya mereka lebih teruk daripada apa yang mereka kata...
akan dibuat muzium.takde kroni2
ReplyDeleteElok dijadikan muzium DiRaja Melayu yang mengumpulkan segala artifak dan bahan sejarah kesultanan Melayu di Malaysia. Kalau best lagi dijadikan muzium yang mempamerkan segala khazanah kerajaan Melayu Nusantara tak kiralah dari Indonesia, Pattani, Champa, Brunei, Sulu. Pamer juga sejarah pejuang-pejuang Melayu dari zaman Merong Mahawangsa hingga ke Kiyai Salleh serta warisan seni silat dan budaya Melayu yang lain. Amacam bleh Dato' Rais?
ReplyDeletePastikan masok percuma..jgn nak kutip2 duit pulak..rakyat x de duit.
ReplyDeleteDicadangkan supaya tapak bersejarah Istana Negara yang lama dijadikan aset didalam naungan Yayasan Raja-Raja Melayu. Oleh itu tidka siapa pun akan dan boleh melobi tanah tersebut bagi apa tujuan sekali pun malah jika kerajaan pememrintah mahu membanagunkan tanah tersebut hendak lah dengan persetujuan majoriti semua Raja-Raja Negeri yang memerintah.
ReplyDeleteDaulat Tuanku !
Banggang lah kamu tanya soalan macam ni,nak tahu jawapan tanya lah kat umgok dan kroni,kesian kamu seumor hidup jadi belaci umgok otak kat kepala lutut rupa nya
ReplyDelete