bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Nov 2011

Skuad Harimau Muda Selamat Kembali ke Tanahair, Disambut 1000 Peminat.



KETUA jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee dan anak-anak buahnya bersalaman dengan peminat yang membanjiri Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi menyambut ketibaan skuad Harimau Muda pada kira-kira jam 8 pagi tadi. Malaysia kekal emas bola sepak Sukan SEA selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti. - Foto Mohd Fadli Hamzah. Nov 22, 2011 10:34 am (Berita Harian)



22/11/2011

SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT, di sini, hari ini.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada jam 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta. Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam tadi. Kejayaan itu sekali gus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lalu.



JURULATIH pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee diserbu media tempatan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang awal pagi Selasa. Foto: Rohaizat Md Darus/THE STAR
Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata, walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. - BERNAMA

Detik "Gumbira" bolasepak negara sebaik sahaja Baddrol Bakhtiar berjaya menjaringkan penentuan penalti terakhir.




 

2 comments:

  1. Syabas harimau muda anda telah bukti yang Malaysia Boleh.!

    ReplyDelete
  2. kalungan tahniah dan syabas buat skuad harimau muda 26th sea games... :)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3