bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Nov 2011

Harimau Muda - Juara Yang Kecundang???


Simpati.... Hanya bergelar juara selama 6 hari.... Tidak sempat nak meraikan kemenangan sebagai jaguh pasukan bawah 23 tahun Asean.

Apapun FAM dan Kim Swee sepatutnya boleh meramalkan keadaan ini...

Rasanya cadangan pernah  diutarakan oleh peminat dan para wartawan agar dua pasukan ditubuhkan satu bagi menyertai sukan SEA dan yang kedua untuk menyertai kelayakkan Olimpik London. Ini kerana para pemain akan "burn out" jika menyertai kedua-dua kejohanan dalam jadual yang begitu padat.

Rasanya kita tidak ketandusan pemain-pemain. Kita ada pemain-pemain pasukan negeri di bawah umur 23 tahun seperti Baddrol Bakhtiar, Asaruddin Putra, Zubir Ali, Apek dan lain-lain. Kita ada pemain-pemain Harimau Muda A dan B yang telah diberikan pendedahan di Liga Malaysia.

Jestru mengapa kita masih bersandarkan kepada pemain-pemain yang "pincang" dek kecederaan seperti Wan Zack, Irfan Fazail, Fandi, Muslim dan lain-lain. Adalah lebih baik untuk menurunkan pemain-pemain yang cergas 100% daripada pasukkan Harimau Muda B ataupun pemain-pemain Piala Razak ataupun Piala Rahman berbanding pemain-pemain "bintang" yang telah tempang disebabkan oleh kecederaan.

Penulis juga berharap pemain-pemain kita seperti Najmi, Nafizi dan lain-lain dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka kerana bolasepak moden memerlukan pemain untuk mampu cergas bagi tempoh 120 minit atau lebih. Ini kerana jika kita alpa, kekalahan seperti yang dialami ketika menentang Bahrin bakal berulang selain pemain juga perlu bersedia untuk bermain dalam masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Apapun tahniah buat pemain, jurulatih dan FAM kerana mampu memterjemahkan tentangan pasukkan negara dengan baik. Semoga salah perancangan ini akan dijadikan iktibar untuk pasukan kita lebih berjaya di masa hadapan!!!

2 comments:

  1. biar kalah dgn negara lain, asal menang dengan indon!!!!! hahahahaha....

    ReplyDelete
  2. kalau memang dapat duit tapi kalau kalah ada potong elaun ? sendiri mahu ingat

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3