bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Nov 2011

Perlantikkan Senator YB Datuk Nalla, Bingung, Bengong dan Binggo???


Memang perlantikkan yang agak merapu!!!

Mungkin boleh dikatakan perlantikkan paling caca-marba pentadbiran DS Najib?

Bingung sebab - apa jasanya sehingga melayakkan beliau dilantik menjadi Yb Senator???
Pernah dikaitkan sebagai "bapa ayam" kepada DSAI. Pengarah syarikat judi Magnum yang juga dikatakan sebagai sumber kewangan kepada DSAI suatu masa dulu. Orang sebegini boleh dilantik menjadi Senator. Apa kurangnya orang-orang yang tidak mengenal erti penat dan lelah di dalam mempertahankan Umno/BN selama ini tanpa mengharapkan sebarang balasan sebagaimana akar-umbi Umno dan kami para blogger misalnya. Hero yang tidak didendang??? Antara luahan blogger klik sini.

Bengong sebab - orang yang rendah akhlak, terlibat dengan pelacuran kelas atasan, judi, pernah menentang kerajaan telah diberikan penghormatan sebegini rupa???

Binggo sebab - Dia banyak mengetahui "rahasia" pihak sebelah sana, tiada sebab Pakatan mahu menghina beliau sebagai "bapak ayam" dan barua DSAI  sebab tiada apa yang telah dibuktikan. Selagi DSAI bebas dan diterima oleh penyokong-penyokongnya sebagai seorang yang "bersih" maka YB Datuk Nalla juga sebenarnya bersih??? Lagipun Datuk Nalla telah "bertaubat" dan sanggup mempertahankan orang-orang Melayu??? Klik sini.

Sebagai seorang bukan Islam yang mungkin telah balik ke pangkal jalan, Datuk Nalla mungkin patut diberikan peluang kedua. Tetapi kerajaan di bawah pimpinan DS Najib juga perlu ingat bahawa dalam dunia di mana persepsi mungkin melangkaui kebenaran, suatu kerajaan yang baik, juga perlu kelihatan baik dan bersih!!!

Jangan sampai nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...

Sampai bila anak sendiri perlu melihat cuma kera di hutan yang disusukan???

Sebagai blogger kecil, penulis juga ada perasaan rasanya ramai lagi rakan-rakan blogger dan akar-umbi Umno di luar sana yang perlu menjawab kepada khalayak atas apa jua tindak-tanduk yang diambil oleh kerajaan... Bak kata "YB Raz", sketsa politik negara dah macam cerita Tamil. "Caca-marba"

Kalau tidak kerana mengenangkan masa depan agama, bangsa dan negara, mahu sahaja penulis menggantung "broadband".

Semoga pemergian DS Najib ke tanah suci akan ditunjukkan oleh Allah s.w.t. jalan yang terbaik untuk kita semua, amin.


1 comment:

  1. Aku berseru kepada blogger-blogger proUMNO untuk 'berehat seketika'.
    Ini kerana setelah 'dijual' oleh orang UMNO sendiri (seperti mana yang aku faham dari thread lain-lain blog), tiada guna mempromosi perjuangan mereka buat masa ini. Mereka ini sebenarnya PKR yang masih menyusup dalam UMNO. Kalau mereka ada nasib dan orang tak persan, mereka ini mungkin akan dipilih untuk jadi wakil dalam PRU13 nanti. Bilamana kelompok ini menang, tak mustahil semuanya lompat dan lingkuplah UMNO. Maka bertepuk tanganlah LGE,TGNA,AMbig,DSAI dan muncullah ker jaan baru yang mana proses ini akan berulang. Mereka-mereka tadi ini akan buat perangai yang sama dan seterusnya yang jadi mangsa adalah anak-anak muda malaysia khas nya anak melayu. Semua dikotak katikkan. Eloklah sebelum korang berehat seketika, listkan saja petualang-petualang bangsa yang ada dalam UMNO. Yang didalam parti pembangkang, takyahlah sebab memang mereka ni pembangkang walaupun sesetengah nya juga berperanan untuk menyusup.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3