bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Nov 2011

Penasihat Ekonomi "RM1", Memfitnah Lagi???

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kementerian Kewangan hari ini menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa RM1.4 bilion telah hilang daripada dana Bajet Wang Luar Jangka.

Sebaliknya Perbendaharaan menegaskan jumlah itu telah pun diisi semula melalui Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan 2011 dan sudah pun dimaklumkan di Parlimen awal tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata beliau telah membentangkan rang undang-undang itu pada Mac atau April lalu, yang memperincikan kesemua perbelanjaan yang tidak dirancang.

“Sama ada mereka sudah lupa, tidak mendapat atau ini percubaan untuk memutarbelitkan fakta-fakta dan mengelirukan rakyat,” kata beliau kepada pemberita di sini lobi bangunan Parlimen hari ini.

Awang Adek mengulas dakwaan pembangkang semalam bahawa dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion telah lesap daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan.

Perkara berkenaan dilaporkan dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat dan kemudiannya disentuh oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media semalam.


Komen Isac;

Nampak sangat memang kaki kencing rakyaat dan kuat memfitnah kerajaan BN...







No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3