bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Nov 2011

"Bunuh" Felda, Bunuh Projek Lembu Negara Satu Usaha Untuk Kenyangkan Pemborong-pemborong Cina???

Kalau diimbau sejarah, di mana Felda, Felcra dan Risda belum kuat seperti sekarang, harga komoditi negara seperti getah dan kelapa sawit bergantung kepada "belas-ikhsan" peraih-peraih dan pengilang-pengilang rata-rata dimonopoli oleh kaum Cina.

Walaupun, mungkin tindakan mereka bukan atas sebab perkauman dan sebaliknya  kerana motif perniagaan semata-mata dan pendekatan monopoli pasaran, yang ruginya tetap orang-orang Melayu/Bumiputera kerana mereka adalah terdiri daripada pekebun-pekebun kecil dan tiada persatuan yang kuat untuk melindungi kepentingan dan hak mereka. Sekarang harga getah dan kelapa sawit di negeri Johor jatuh merudun walaupun pasaran luar negara di lihat masih berada pada paras yang tinggi.

Begitulah juga bila kerajaan memperkenalkan stesen minyak Petronas, sistem AP dan cukai import kenderaan yang tinggi  dan penubuhan Proton, golongan ini juga cuba mensabotajnya kerana dilihat megancam "monopoli" mereka. Itulah satu-satunya cara untuk kerajaan memecah monopoli mereka dan membantu ushawan Melayu agar mendapat peluang berniaga dalam sektor-sektor yang dimonopoli oleh golongan ini..

Terbaru, mereka cuba mensabotaj projek ladang Fedlot, konsep penternakkan lembu yang diharap akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada lembu import yang dimonopoli oleh saudagar-saudagar Cina dan di dalam masa yang sama ushawan Melayu?Bumiputera dapat peluang berniaga.


Yang sedihnya, seperti biasa sebilagan orang Melayu jugalah yang mensabotaj usaha murni dan inisiatif kerajaan.

1 comment:

  1. agebda utama diaorang untuk gubal undang2 supaya hak milik tanah peneroka boleh dipindah milik kepada sesiapa pun dan akan merempatlah peneroka kemudiannya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3