bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Sept 2009

Tafsir Al-Quran di Setiap Kawasan Dun - Suatu Pendekatan Yang Wajar Dicontohi.

Dipetik dari Malaysiakini
Pakar al-Quran di semua DUN Johor
Sep 15, 09 12:17pm



Kerajaan Johor akan menempatkan seorang pakar tafsir Al-Quran masing-masing di setiap kawasan DUN di negeri itu untuk membolehkan umat Islam mendalami kandungan Al-Quran secara terperinci. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri menghantar pelajar-pelajar mendalami ilmu tafsir Al-Quran di beberapa universiti di Timur Tengah.


Dengan penempatan itu, bererti kesemua 56 kawasan DUN di Johor akan mempunyai seorang pakar tafsir Al-Quran yang berkelayakan untuk memberi tafsiran yang tepat mengenai isi kandungan kitab suci itu kepada masyarakat, katanya pada majlis penyampaian bantuan hari raya kepada masyarakat miskin bagi kawasan parlimen Ledang semalam.


Abdul Ghani berkata penempatan pakar tafsir Al-Quran itu adalah sebagai lanjutan daripada program membudayakan Al-Quran yang diperkenalkan di setiap daerah di Johor. "Sudah tiba masanya bagi umat Islam bukan sahaja memahami terjemahan Al-Quran tetapi mendalami huraian mendalam ayat-ayat Al-Quran," katanya. BERNAMA
Komen Isac;
Suatu usaha yang murni (noble) yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri Johor dan semoga akan memperoleh kejayaan, Insyaallah. Moga-moga pendekatan ini berjaya mendidik umat Islam yang bukan sahaja pandai membaca Al-Quran tetapi juga dapat memahami maksud serta terjemahannya dan lantas boleh mempraktikkannya di dalam kehidupan mereka seharian.
Kita sepatutnya menggunakan "kelebihan" Islam sebagai Agama Resmi negara ini dengan sebaik-baiknya, terutamanya di dalam memberikan pelajaran, penghayatan serta perlaksanaan ajarannya di Malaysia. Kelebihan ini sepatutnya dapat meletakkan agama Islam lebih tinggi dari agama-agama lain dan bukannya menyamakan kedudukanya dengan agama-agama tersebut. Menubuhkan jawatankuasa agama-agama di Perak di bawah kerajaan Pas sebelum ini, ditakuti akan hanya meletakkan agama Islam setaraf dengan agama-agama lain....
Islam adalah agama persaudaraan tetapi sebahagian dari kita tega menggunakannya untuk memecah-belahkan umat. Islam dijadikan sebagai alat "politik" bagi tujuan untuk meraih simpati dan sokongan rakyaat. Inilah "sekular" dalam erti kata sebenarnya. Menjual murah ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah untuk kepentingan peribadi dan parti. Mengamalkan ajaran Islam yang memberikan kepentingan kepada mereka dan sebaliknya meninggalkan bahagian yang tidak menguntungkan mereka. Jestru itulah mereka ini dengan mudah bermain-main ayat-ayat Al-Quran dengan mengatakan mengeji, mengata, memaki, menelanjangkan aib dan memfitnah orang adalah "halal" atas nama hendak berkuasa dan semata-mata kerana mereka berasal dari Parti Islam.
Pelik bukan ? Kebanyakkan dari mereka ini menolak bacaan surah Yaasin di Malam Jumaat, bacaan Talkin, bacaan tahalil dan lain-lain "bidaah" yang "baik" (yang tidak bersalahan dengan syariat dan akidah) dengan alasan ianya tidak dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. semasa hidup baginda, tetapi dalam masa yang sama mereka mengamalkan perbuatan-perbuatan keji di atas, yang secara terang-terangan telah ditolak oleh Rasullullah s.a.w dan Islam.
Mudah-mudahan kerajaan negeri Johor juga akan dapat menghantar lebih ramai anak-anak muda untuk mempelajari ilmu agama agar mereka ini nanti dapat membimbing rakyaat kita agar tidak mudah dikabui oleh sesetengah parti politik yang cuba mempengaruhi mereka dengan pandangan-pandangan sempit dan dakyah-dakyah jahat mereka.
Mungkin kerajaan negeri Johor juga sepatutnya mewajibkan semua pelajar-pelajarnya yang beragama Islam untuk mengikuti sekolah-sekolah agama anjuran kerajaan negeri bagi memantabkan pengetahuan mereka dengan asas ilmu agama agar mereka ini tidak mudah dipengaruhi dengan janji-janji manis pembangkang seperti "tawaran syurga jika menyokong mereka".

1 comment:

  1. Salam,

    Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3