Andrew OngSep 29, 097:23pm
Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun. Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004. Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.
Adat bermaufakat walaupun kita mungkin tidak berapa setuju dengan pencalonan Tan Sri Isa Samad, tetapi apabila pucuk pimpinan telah membuat keputusan kita kena patuh dan perlu menyokong 100% tanpa apa-apa alasan.
"Gendang perang telah dipalu!!!!". "Perahu telah di air dan pendayung sudah di tangan". Kita cuma ada satu tujuan iaitu aturkan strategi untuk memenangkan beliau.
Kenali kekuatan dan kelemahan calon kita. Eksploitkan kekuatannya dan bantulah untuk memperbaiki kelemahannya.
Mengapa pembangkang begitu takut kepada Tan Sri Isa? Di bawah pemerintahannya (sebagai MB) Negeri Sembilan merupakan salah satu kubu kuat Umno/BN. Begitu sukar digugat.
Jika hendak dibandingkan Tan Sri Isa dengan sesetengah pemimpin pembangkang, beliau seorang yang bersih, kerana tidak pernahpun beliau didakwa apa lagi didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.
Sebaliknya sesetangah pemimpin pembangkang yang suka menunding jari kepada calon-calon Umno/BN, mereka bukan lebih baik, malah ada di antara mereka merupakan "bekas' banduan, dipenjarakan kerana salahguna kuasa yang diamanahkan dan ada juga yang dipecat dari jawatan CEO atas apa jua sebab.
Mereka ini sesungguhnya cuba memperbodoh-bodohkan minda rakyaat Malaysia dengan mengaku bahawa mereka lebih baik "moralnya" sehingga ada yang tanpa segan silu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri malaysia yang ke 7.
Mereka ini kata, Umno/BN hanya mengayakan "kroni-kroni" mereka, tetapi semasa memegang kuasa, pemimpin pembangkang yang kononnya "bersih" ini telah memberikan RM 15 Billion nilaian projek kepada "kroni-kroni"nya yang kini telah bersama-samanya menyertai pembangkang.
Sesetengah orang lama masih mempunyai "bisa" dan mudah-mudahan "Isa masih bisa mengangkat maruah Umno/BN di Bagan Pinang".
Kepada bloger-bloger pro kerajaan, "lawan tetap lawan". Jangan mengalah sebelum berjuang!!!!!
Hanya bagi mereka yang jumud sahaja yang tidak nampak peliwat, penzina isteri orang menjadi ketua mereka dan perompak harta rakyat menjadi Menteri Besar serta penjual agama bangsa menjadi Tok Guru.....
ReplyDeletebudaya baru yg sedang berkembang...
ReplyDeletebagus3x... semoga malaysia akan dtadbir oleh bekas2 penjenayah yg dah taubat maklum ler orang yg dah taubat lebuh di sukai tuhan dan berakahnya mungkin melimpah ruah kpd rakyat wuhahaha....