bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Sept 2009

Cubaan Pembangkang Menghasut Agong Gagal - Musa Sambung Setahun Lagi



Kontrak Musa disambung setahun
Sep 3, 09 2:47pm Dipetik dari Malaysiakini



Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan. Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.



Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat perdana menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969. Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarah Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).



Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Johor (2003), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan timbalan ketua polis negara (2005).Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai ketua poli negara pada 12 Sept 2006.Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis. Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok. Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang.
Komen Isac;
Setakat ini rancangan DSAI untuk "mengsabotaj" penyambungan kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, gagal.
Tan Sri Musa yang terlibat dengan siasatan liwat terhadap DSAI sejak tahun 1998 lagi tentunya "mengenali" siapa DSAI yang sebenarnya. Jestru itu cubaan pihak pembangkang untuk "memencilkan" Tan Sri Musa amat-amat difahami.
Yang jelas DYMM Baginda YD Agong adalah seorang sultan yang memahami taktik kotor pihak pembangkang dan baginda bukanya mudah untuk "dicucuk" hidung.
Walaubagaimanapun melihatkan kepada taktik DSAI yang seolah-olah sengaja menangguhkan kes liwat yang dihadapinya, penyambungan kontrak Tan Sri Musa setahun lagi mungkin tidak akan memberikan impak yang besar didalam kes berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3