bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Sept 2009

Satu Lagi PRK, Pilihlah Calon Terbaik & Utamakan Calon Pilihan Akar Umbi - Jangan Biarkan Pisang Berbuah Berkali-Kali :)

Dipetik dari Agendadaily
Bagan Pinang:ujian getir BNSeptember 5, 2009 : 05.55 AM--->



Takdir Ilahi satu lagi kematian wakil rakyat dan kali ini melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan, Allahyarham Azman Mohd Nor,54. Ini yang kedua bagi BN selepas Allahyarham Datuk Razali Ismail di Kuala Terengganu Januari lalu. Makanya selepas baru saja pilihanraya kecil di Permatang Pasir, Pulau Pinang berlalu juga kerana kematian wakil rakyat PAS, negara akan melalui pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum Mac 2008. Ini mencipta rekod kerapnya pilihanraya kecil diadakan dalam satu penggal. Ia bermula dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang,kerusi DUN Bukit Selambau, Batang Ai ,Penanti,Manek Urai,Permatang Pasir dan menyusul Bagan Pinang, Selepas hanya berjaya mempertahankan DUN Batang Ai gagal Parlimen Kuala Terengganu yang melibatkan kerusi BN, Bagan Pinang pasti menjanjikan satu saingan yang sengit berentap dengan pakatan pembangkang. Bagi BN ia harus membuktikan pengaruhnya masih mantap dikawasan-kawasan yang dikuasainya. Manakala bagi pakatan pembangkang pastinya hendak tunjuk ia bukan saja jaguh menang di kawasan yang telah dimenanginya sewaktu pilihanraya umum lalu. Menurut kalangan pemerhati politik mahu tak mahu BN harus berhempas pulas pastikan kerusi Bagan Pinang dipertahankan. Ini lebih-lebih lagi memandangkan BN tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. Di Negeri Sembilan BN kini menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN. DAP pula 10 kerusi, PKR 4 dan PAS 1.



Jadual 1: Jumlah Kerusi DUN Dimenangi Oleh Parti-parti Yang Bertanding Dalam PRU 12.


Sewaktu pilihanraya umum Mac 2004, Allahyarham yang dapat 6,430 undi menewaskan calon PAS, Ramli Ismail 4,097 undi dengan majoriti 2,333 . Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang mempunyai seramai 14,192 pengundi yang terdiri 66 peratus Melayu, 19.9 peratus India; 10.5 peratus Cina dan 3.5 peratus lain-lain kaum. Allahyarham Azman ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang. Ketua UMNO Bahagian itu ialah Tan Sri Isa Samad,Di kawasan Parlimen Teluk Kemang ada lima kawasan DUN. Selain Bagan Pinang yang dimenangi Allahyarham Azman, BN juga menang DUN Linggi tewaskan calon PAS. Tiga DUN lain di kawasan parlimen Teluk Kemang iaitu Chuah dimenangi oleh PKR, Lukut DAP dan Port Dickson PKR. Kawsan Parlimen dimenangi PKR- 4/9/2009.



Komen Isac;



Pertama takziah kepada keluarga Allahyarham Azman, atas kehilangan ini dan sama-samalah kita doakan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, amin. Kepada Pakatan Pembangkang, janganlah ghairah sangat nak PRK sehingga mengguris hati keluarga Allahyarham.



Kepada Umno/BN belajarlah dari kesilapan-kesilapan yang lepas. Bak kata Tun Mahathir, pada PRU 12 yang lalu BN hilang banyak kerusi dan negeri bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana BN yang lemah.



Dalam 7 kekalahan BN di PRK yang lepas faktor calon memang banyak menyumbang. Dalam zaman teknologi yang serba canggih ini selain calon perlu mendapat "restu" akar umbi, calon tersebut juga perlu dari kalangan orang tempatan, "mesra rakyaat", bersih dan juga kelihatan bersih.



Mana-mana calon yang dilihat "kurang bersih" walaupun mungkin dari segi teknikal seperti saudara Rohaizat (Permatang Pasir) perlulah dielakkan. Carilah kekuatan calon-calon UmnoBN dari sekarang, agar ianya boleh diwawarkan/diekploitasikan semasa berkempen nanti.



Juga cuba kenali calon-calon lawan dan "kekurangan/kelemahan" mereka, sememangnya menelanjangkan aib orang adalah cara kempan yang tidak beretika, tetapi persediaan perlu ada untuk mengelakkan kita terjebak untuk kali kedua.


Perlu diingat perbezaan jumlah Kerusi DUN BN berbanding Pakatan Pembangkang 21/15 adalah kecil dan kekalahan di Dun Batang Pinang akan mengecilkan lagi jurang ini. Jestru itu sebarang kesilapan boleh mengundang kehilangan yang lebih besar lagi, iaitu kehilangan Negeri Sembilan kepada Pakatan Rakyaat.

Masih ingat Cubaan Rampasan Kuasa 16hb Sebtember? Kini, Pakatan Pembangkang sedang merancang untuk merampas Terengganu dan Negeri 9.

Motto mereka "Apa yang mereka buat semuanya halal, keluarkan fatwa baru jika perlu"

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3