Membenarkan agama lain mempergunakan perkataan Allah untuk "tuhan-tuhan" mereka sama sekali tidak dapat diterima. Bagi saya ia bukan setakat menghina nama Allah bahkan ianya menghina Allah s.w.t dan Islam itu sendiri. Allah s.w.t bagi orang Islam begitu komplex dan begitu sempurna. Dengan 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus mana mungkin Allah s.w.t hendak disamakan dengan tuhan-tuhan lain. Itu belum lagi dihayati tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Zatnya pula tidak termampu untuk kita mengkajinya.
Bagi orang Islam/Melayu perkataan Allah itu sendiri adalah terlalu istimewa. Tanpa wuduk kita tidak boleh memegangnya kerana ia adalah sebahagian daripada ayat Al-Quran nul karim. Kita juga tidak boleh membawanya ke dalam tandas maupun menyebutnya ketika berada di dalam tandas.
Itu dari segi adab dan hukum.
Dari segi dakyah pula, mengapa baru sekarang agama-agama lain mahu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan-tuhan mereka? Walaupun di Malaysia rakyaatnya bebas beragama, tetapi kerana Islam adalah agama resmi negara ini maka sebarang bentuk dakyah untuk menarik umat Islam menganuti agama lain adalah dilarang samasekali dan bercanggah dengan perlembagaan. Megikut perlembagaan Malaysia, mubaligh agama lain adalah dilarang sama sekali untuk berdakyah (perkataan berdakwah hanya untuk Islam) dan menarik umat Melayu/Islam memeluk agama mereka.
Tidakkah terdetik di hati TG Nik Aziz dan YB Khalid Samad akan muslihat agama-agama lain terutamanya Kristian yang hendak menggunakan perkataan Allah di dalam rumah-rumah ibadat mereka, nota-nota bercetak, buku-buku, web-web dan lain-lain adalah dengan satu tujuan iaitu hendak menyebarkan agama mereka dikalangan orang Melayu/Islam ?
Jika saudara-saudara rajin melayari internet sudah tentu saudara-saudara akan terjumpa web-web Indonesia yang menulis seperti berikut tentang, "Allah itu Tuhan, Yesus dan roh Kudus". Ini hanyalah sebagai contoh, ada banyak lagi perkataan-perkataan yang mungkin boleh memesongkan akidah orang-orang Melayu/Islam terutamanya mereka yang cetek ilmu agamanya ataupun anak-anak kita yang masih mentah.
Sila klik ini, ini dan ini ada banyak lagi web-web yang lebih mengelirukan diharap saudara-saudara carilah sendiri jika berminat....
Mengapa kononnya atas nama Islam, Pas dilihat begitu ghairah untuk berkongsi segala-galanya dengan orang bukan Islam? tetapi dalam masa yang sama begitu dalam prasangkannya terhadap Umno?
Mengapa sebagai penduduk asal negara ini perjuangan Umno untuk memertabat bangsa/agama dipandang hina oleh Pas dengan alasan kononnya Umno memperjuangkan agenda kebangsaan. Tidakkah memertabatkan bangsa dan tanahair juga dituntut oleh agama? Tetapi mengapakah Pas dengan rela hati dan tanpa sedikitpun perasaan curiga sedia berkongsi Allah dengan orang-orang bukan Islam?
kerana kuasa mataku buta...
ReplyDeletekonon-kononnye perjuangkan Islam tapi hakikatnya tunduk dan patuh pada kafir laknatullah.
ReplyDeleteSalam, pemimpin-pmimpin PAS hanya menggunakan Islam untuk menipu umat Islam lain bagi mencapai cita-cita mereka. Islam hanya dipersandarkan kepada serban, jubah dan jambang, kerana inilah jalan mudah bagi mereka memperdayakan umat Melayu Islam, hakikat sebenarnya mereka hanya menempatkan diri untuk berkuasa....
ReplyDeleteSebb itu juga mereka melebelkan UMNO 'assobiyah' dan kafir kerana memperjuangkan bangsa, tetapi membutakan mata umat Islam lain dengan membiarkan Islam diceroboh satu persatu oleh sahabat-sahabt kafir mereka....
Dicadangkan bumiyang cari video clip Anuar bercakap dengan padri2 kristian di Batang Air masa pilihan raya kecil lepas. Beliau kan ada buat janji nak izinkan penggunaan istilah Allah dalam gereka dan penerbitan penerbitan mereka.
ReplyDeleteCantik kalau dapat iringi catatan tuan ini.
Salam,
ReplyDeleteTerimakasih di atas komen2 saudara semua. Che Leh Jangok, saya akan cari video clip tu.
kenapa sekarang ? ya , kenapa sekarang baru sibuk nak guna perkataan "Allah" ? sebenarnya ada muslihat dan niat jahat di sebalik tujuan hendak menggunakan perkataan "Allah". apa yang dimatlamatkan ialah bagi menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan di kalangan umat islam di malaysia yg sekian lama sebati dgn perkataan "Allah" .....tidak mustahil akan berlaku pemesongan akidah akibat kekeliruan dan kecelaruan yg bakal ditimbulkan kelak sekiranya dibenarkan penggunaan kalimat "Allah" oleh pihak yg bukan Islam. mungkin ramai yg tidak sedar dan peka tentang perkara ini ,,,,
ReplyDelete