bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Sept 2009

Polis Diraja Malaysia Menggunakan Pistol Glock - Ke Arah Meningkatkan Keupayaan PDRM


Syabas kepada PDRM yang telahpun menukarkan pistol-pistol lama mereka jenis SMITH & WESSON kepada jenis GLOCK.

Pistol baru jenis GLOCK ini adalah dari jenis semi automatik dan telah digunakan oleh bukan sahaja pasukan-pasukan polis di negara-negara maju bahkan oleh semua pasukan-pasukan keselamatan mereka termasuk kastam, tentera dan lain-lain. Negara-negara di Asia Tenggara juga telah mula menggunakanya.

Di Malaysia, pengunaannya (pistol jenis GLOCK) oleh pasukan polis, telah dibuat secara berperingkat-peringkat dan menurut pemerhatian Isac sehingga kini pasukan Polis Kuantan dan Polis Tumpat juga telah menerimanya. Maksudnya penaiktarafannya telah hampir menyeluruh. Bagi sesiapa yang meminati filem-filem genre aksi, pistol jenis GLOCK (terbaru) ini bentuk larasnya lebih kelihatan seperti segi empat sama.

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui spesifikasi pistol jenis GLOCK yang boleh menggunakan "standard magazine" dengan 13 butir peluru bolehlah melayari link berikut

Mudah-mudahan dengan penaiktarafan ini akan menaikkan semangat anggota-anggota polis kita supaya mereka dapat meningkatkan keupayaan dan professionalisma mereka di dalam membenteras jenayah yang dilihat semakin meningkat.

2 comments:

  1. tahniah dan selamat hari raya untuk warga PDRM.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri..Sepatutnyalah PDRM guna senjata lebih canggih,sekarang ni tugas mereka lebih mencabar sebab selalu dicabar oleh pedemontrasi2 jalanan lebih dari penjenayah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3