Foto: Kapal Selam KD Tungku Abdul Rahman Belayar Menuju Pelabuhan Kelang.
KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, sudah berada di perairan Selat Melaka menuju ke Pelabuhan Klang untuk upacara sambutan rasmi yang akan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi esok.
Turut menyambut ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Azizan Ariffin. "Orang ramai berpeluang menyaksikan upacara tersebut melalui siaran langsung program "Hello On Two" di TV2 RTM mulai 7.50 pagi," kata Lt Kdr Masliza Maaris, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ketika dihubungi di sini hari ini.
Komen Isac;
Akhirnya penantian angkatan tentera kita untuk memiliki kapal selam sendiri terkabul dengan kehadiran KD Tunku Abdul Rahman. KD Tun Abd. Razak pula akan menyusul pula selepas ini. Ini melengkapkan pembelian dua (2) buah kapal selam jenis Scorpene yang dibeli dari Perancis sebelum ini.
Kapal selam sememangnya telah menjadi suatu keperluan di dalam pertahanan maritime moden apa lagi negara seperti Malaysia yang dari segi geografi mempunyai kawasan Perairan Wilayah seluas 65,023km persegi, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) seluas 450,233km persegi, garis pantai sepanjang 4,800 km serta 1,007 buah pulau menawarkan pelbagai sumber asli penting kepada ekonomi dan pembangunan Negara memang memerlukan kapal selam.
Foto: Lagi Gambar KD Tungku Abd Rahman.
“Nilai kontrak ialah Euro 1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro 969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam.
“Kedua, ia melibatkan perbelanjaan bernilai Euro 114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Perimekar dalam konteks perolehan kapal selam Scorpene.
Pada masa ini, Perimekar baru dibayar sebanyak Euro 95.54 juta (RM487.3 juta).
Najib memberitahu, Perimekar adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn. Bhd.
Beliau menambah, skop kerja perkhidmatan sokongan yang diberikan oleh Perimekar adalah menyediakan kediaman untuk pasukan pegawai TLDM di Perancis dan Sepanyol.
Penyelenggaraan
“Syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan, kediaman serta kelengkapan untuk 156 anggota TLDM dan 30 kakitangan penyelenggaraan pangkalan.
Di samping itu, kata Najib, Perimekar juga menyediakan perkhidmatan koordinasi dengan memastikan syarikat Malaysia terlibat dalam pembinaan kapal selam serta terbabit dalam program off-set.
Katanya, syarikat itu juga membantu kontraktor utama dalam prosedur kerajaan serta menyelaras latihan krew kapal selam dan menyediakan laporan koordinasi setiap bulan.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.