Rahmah Ghazali Sep 28, 09 11:18am
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak". Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng. Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.
Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan. Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.
Komen Isac;
Mmmm....Dato' Dr. Hasan Ali berbohong? Betul ke Teng ni? Nampaknya Hasan Ali telah siang-siang akan "dikambing hitamkan" jika PR tumbang di PRU 13 nanti....
Sebagai pakar motivasi, mungkin Hasan Ali terlupa nak memotivasikan anggota pakatannya agaknya. Sebaliknya dia pula yang siang-siang lagi dah nak dikorbankan....Apa lagi Dato'....masih nak tunggu lagi ke? Atau Dato' masih bermain sandiwara lagi?
Nanti dekat-dekat nak PRK Bagan Pinang salam dengan Teng siap peluk-peluk lagi....Skrip yang sama PRK sahaja yang lain.....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.