Bila isu penemuan kandungan babi didakwa telah ditemui di dalam cokelat Cadbury...majoriti umat Islam tetap memulaukannya walaupun JAKIM telah mengeluarkan kenyataan menafikan ianya berlaku. Malah hasil laporan makmal menunjukkan sampel yang mengandungi dna babi dipercayai adalah sampel yang telah tercemar selepas meninggalkan kilang Cadbury. Malah sampel yang diambil dari kilang juga memberikan hasil negatif DNA babi.
Setahu penulis Bousted dan Felda adalah merupakan di antara pemilik equiti saham Cadbury di Malaysia. Dua GLC yang diterajui oleh orang2 Melayu. Yang peliknya walaupun dengan penjelasan JAKIM, syarikat terlibat mempunyai ekuiti saham konglemerat milik bumiputera/Melayu dan ujian sampel dari kilang negatif DNA babi, ianya masih X dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat Malaysia, khususnya golongan Melayu/Islam.
Sebaliknya sebuah syarikat franchise kek milik bukan Melayu tidak lama dahulu yang pernah dikaitkan dengan pembelian ingredient kek campuran babi oleh syarikat mereka daripada syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. yang didapati sah mengandungi babi mengalami nasib yang berbeza.
Sebaik syarikat kek tersebut menafikan mereka ada menggunakan ingredient daripada Puratos Malaysia Sdn. Bhd. maka isu tersebut pun senyap dan orang2 Melayu/Islam dilihat kembali memenuhi outlet2 mereka.
Adakah isu Old Town White Cofee yang pernah dikaitkan dengan isu yang sama juga akan kembali mendapat sambutan orang2 Melayu/Islam???
Jika kes syarikat Secret Recipe dijadikan contoh....Penulis merasakan mereka tidak akan tergugat...
Walaupun pandangan peribadi penulis isu2 di atas sebenarnya lebih menjurus kepada "perang perniagaan" yang kurang sihat....Tetapi apa yang menakutkan, masyarakat Melayu/Islam Malaysia di lihat lebih mempercayai cakap2 orang2 bukan Islam berbanding JAKIM ataupun Menteri Agama Islam!!!
Sesuatu yang amat pelik bukan???
Sesuatu yang amat pelik bukan???
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.